7/28/2009

Kawan orang kebal...

Assalamualaikum wbt. Din, ni gambar terbaru kwn. Cuba teka mana se kwn, deme bijok bila pilih 2 dari kiri, sbab apa? Kwn paling berani sebab tak pakai vest, kebal... Gambar ni di ambil masa sesi latihan di Rainforest, Kuala Tahan, Taman Negara, Jerantut, sebelum pegi KL. Kwn malu nok tunjuk muka kwn, sbab kwn ni pemalu org nye, tak gitu.... Lepas ni kite main tembak2 nok.... Tembok mogoo... Wassalam.

7/22/2009

Unit B 89/91....kedtgan: 30/30


Assalamualaikum wbt. Maaf la kwn tak pandai intro2, terus to the point. This is the original Unit B 89/91. Dah pertengahan Kak Rahana tunda semester(bersalin), kmd Rohaimi pula masuk. Masa ni Piee (Jabri KU). Tak pernah kenal pun masa mula masuk MPPP. Kebanyakkan bekas GSTT kecuali yang fresh dari Sabah & Sarawak. Sekarang ni di mana mereka ha..? Rasanya Kak Nina dah ada cucu la. Masa dulu pun anak2 dia dah besar, dah sekolah pun. Yang paling muda dlm unit kami ialah Rinai dan Edah. Rinai sekarang dah beranak 3. Huh... kalau nak cerita kat sini, rasanya 3 hari 3 malam tak cukup ni, cerita dari dulu sampai sekarang. Sekian dulu utk kali ini. Up-load satu2 dulu, nti tak de modal utk yg akan datang. Wassalam.

7/21/2009

Renungan bersama......

Adab dan cara-cara memilih kawan : Jangan engkau berteman dengan lima orang ini.

a) Pendusta - Maka tidaklah engkau berada selain dalam penipuannya, dia adalah seumpama fatamorgana, dekat kepadamu yang jauh dan jauh kepadamu yang dekat.

b) Dungu - Engkau tidak memperoleh manfaat daripadanya. Ia mahu mendatangkan manfaat kepadamu, lalu ia melaratkan akan kamu.

c) Kikir - Ia akan memutuskan kamu daripada sesuatu yang kamu perlukan.

d) Pengecut - Ia akan menyerahkan kamu dan akan lari ketika kamu menghadapi kesulitan.

e) Fasiq - Ia akan menjual kamu dengan sesuap makanan atau kurang daripada itu.

Renung-renungkan lah sahabatku. Adakah ianya diantara kita ? Allahhualam bissawab....

kenangan lalu ...


Assalamualaikum.
1. Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka kita rakan-rakan MPPP1989/1991 dapat kembali berhubung melalui blog ini. Namun, masih ramai lagi rakan kita di luar sana yang belum menyertainya. Kepada yang telah menyertai, terima kasih diucapkan. Namun yang belum "upload" gambar keluarga tu, cepat-cepat uploadkan... semoga rindu pengunjung blog ni terubat. Raffie, Asran dan Hasanah bila lagi nak uploadkan gambar keluarga dan bercerita sedikit tentang perkembangan terkini. Kepada pengunjung setia blog ini, Ujang (BLOGMASTER), Amin, Hilal, Habsah Lym, Leha (sekadar menyebut beberapa nama) teruskan mengunjungi blog ni. Kawe ni boleh dikatakan setiap hari buka blog ni, nak tengok kalau-kalau ada khabar terbaharu dari kawan-kawan. Sebarkan dan kabarkanlah kepada rakan yang lain tentang kewujudan blog kita ini.
2. Bersama-sama catatan ini kawe sertakan gambar Unit C untuk tatapan semua. Nak sertakan gambar Unit A dan B, kawe tak ada gambar tu... Kepada kawan-kawan dari Unit A dan B tolong uploadkan ke blog ni. Khas untuk pasukan pengakap MPPP 1989, kawe juga sertakan gambar buat kenangan kita bersama... sesuai dengan cogan kata kita dulu "SEKALI BERPENGAKAP, TERUS TERPERANGKAP...."
3. Buat saudara Ujang, tolong uploadkan gambar ketiga yang kawe kirim. Gambar ni menjadi kenangan kawe semasa praktikum dulu bersama sahabat kita Dewa dan Roni. Melalui blog ini kawe amat berharap Dewa dan Roni dapat dihubungi. Amin, Hilal dan kawe bercadang nak buat "reunion" Jadi kepada kawan-kawan yang baca catatan ini, tolong beri persetujuan, cadangan tempat dan tarikh yang sesuai untuk "reunion" ni...

Sekian, jumpa lagi. Wassalam.

Kawan Lama - Nordin.
20 JULAI 2009 4.16PM





"tiga jejaka perasan" ( time tu la.. )

7/20/2009

Kenangan mengusik jiwa.....



Assalamualaikum wbt. Sekali lagi kawan mencelah. Sama2 kita amati gambo lama ini, di ambil pada Jan 91. Pada hari tamat latihan unit beruniform. Di mana kita kini. Bergaya semuanya. Muda2 belia belaka. Ada juga yang dah retu, (remaja tua). Din mu tetap smart. Wassalam.

Masihkah kau ingat.....



Assalamualaikum wbt. Sebelum kawe berceloteh kawe nak tunjuk 2 gambar lamo untuk demo, khususnya Din, Ujang, Fuat, dan lagi...dan lagi... Wa... nostalgia sekali. Dua suasano berlainan, se gembira, se tension, ini baru koko. Sampai sekarang masih macam tu. Akademik tak usah cerita la. Sibuk memanjang. Din, smart demo maso mudo deh, gambar2 baru kawe sekeluarga nanti lepas raya baru up-load. Sekarang kawe duk sibuk sikit, banyak projek sekolah, SPM la, PMR la, kem la... Macam-macam ada. Kadang tu sampai nak tertiarap di buatnya. Banyak lagi kawan nak up-load tapi, sabar-sabar la ye. Kekadang kawe tengok gambar lama-lama, best yer kalau dapat bersama dan berjumpa semula, khususnya Unit kawe, Unit B. (Reunion jangan tak reunion). Banyak yang sepi seribu bahasa. Ada Asran, Hilal dan Habsah aje yang selalu masuk blog. Chating2 best juga. Wassalam.


7/15/2009

Khabar daripada Halimatus


Assalamualaikum.....
Dengan kesempatan ini, lym sempat kirim gambar lym dengan suami...orang Sarawak juga...Tu je yang dapt dimuatkan untuk kali ini.InsyaAllah, di lain waktu, gambar family . Setakat ini, lym jumpa kak habsah dan bg.Hilal je... Dewa pn dah lama tak jumpa walaupun satu negeri. Fuad Augustine je yang slalu jumpa..tupun pasal petanque....Dulu jiran,tapi kawan kita tu dah pindah rumah baru.. jauh dari tempat lym.
Abg. Zul YB pun dah lama tak contact lym...swaktu dia ke Sri Aman, ada le dia g rumah lym, kita borak panjang dengan fuad ,tapi tak terfikir pulak nak tangkap gambar.... tapi caya le...YB tetap bergaya macam YB dulu....
Lym amat2 mengalu-alukan teman2 dapt berhubung dgn lym...rindu @ lelengau ( bahasa Iban)...seronok kan kalau dapat berkumpul semula...tapi yang sedihnya Maktab kita tinggal kenangan...... kalau yang d Terengganu tu, boleh tak tangkap gambar maktab kita yang terkini..masih mcm dulu ke bangunannya..? Demo2 yang duk sano, buleh tangkap gmbr, kawe nk tengok guano mppp sekarang..?(betul lagi ke bahasa tgganu lym ) Lupak juak dh..hehehehe......
Dah x ada idea lagi nk sembang .OK.. salam rindu untuk semua....wassalam...bye...

7/11/2009

Salam dari Jerantut..

Salam Persaudaraan Untuk Rakan-rakanku...

7/02/2009

Catatan ke-2 Nordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cacatan kedua kawe ini sekadar menambahkan lagi kemeriahan blog MPPP1989/91. Sekalung tahniah, kepada blogmaster saudara Murad Nordin (Ujang) yang telah berjaya mewujudkan blog ini. Segalanya bermula dengan perbualan telefon antara kawe dan Ujang di penghujung tahun 2008. Maka dengan kemahiran yang ada pada Ujang, lahirlah laman siber ini sebagai arena untuk kita berhubung. Terima kasih, Ujang!


Teman, 18 musim laman MPPP telah kita tinggalkan. Masing-masing melangkahi titian demi titian kehidupan. Dalam lingkaran waktu yang semakin ligat berputar, lantas kitapun sesekali sekadar mampu berpaling membilang ilusi yang yang terdapar di pinggiran Bukit Besar. Atas nama apapun kita kini, keakraban yang terjalin dulu tidak harus dibiarkan berlalu di desir angin atau ditelan gelombang samudera. Silaturrahim yang dulu, sama-sama kita utuhkan kembali. Biar harumnya ke hujung senjakala. Entah esok, entah lusa, entah bila, kita bakal dijemput-Nya untuk bertamu di alam sana yang kekal abadi.

Sejarah ringkas perkhidmatan: SK. Kampung Raja (1991-1996)
SK. Keluang (1997-2000)
SK. Pendidikan Khas Besut (2001-2004) (Kursus 14M di MPIK)
SK. Keluang (2005-sekarang)

Semasa Kursus di MP. Ilmu Khas, Cheras, KL, praktikum di SK. Pendidikan Khas Seremban, NS. Di situlah jumpa Ujang (sekitar Mei 2001). Sehingga sekarang tak jumpa-jumpa lagi sekadar perbualan dalam telefon dan blog je. Dengan Zul YB & Shimah selalu jumpa... masa dia datang KB dan K.TRG. Kawe dah dua kali pergi rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi. Jahidi & Maziah selalu juga datang ke rumah kawe dan pernah sekali kawe sekeluarga ke rumah mereka di Langkawi. Rashid Ab . Rahman ada di Besut ...dah jadi guru silat. Raflan & keluarga dari Taiping pernah singgah di rumah kawe sekitar tahun 2007.
Sekarang kawe baru habis buat ijazah di UPM dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.... Insya Allah bulan Ogos ni konvokesyen. (Dah nak pencen baru habis belajar....ha..ha..ha..!)

Ini gambar kawe dan my wife.... Zabedah bt Samat. Serta anak-anak kawe yang seramai lima orang itu... sory la gambar tak brapa terang... guna HP je...
1. Siti Aisyah (15 tahun)
2. Muhd Luqman (14 tahun)
3. Muhd Imran (10 tahun)
4. Sarah Nabihah (5 Tahun)
5. Sofea Syahirah (4 tahun)

Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Kawan Lama – Nordin
1 Julai 2009

Habsah bertemu Lym



bertemu dengan Lym dalam masa yang amat singkat, itu pun malam kat hotel di Santubung Resort, dekat dengan Kg.Budaya Sarawak. Namun anak2 kami cepat akrab, seronok tengok. Walau apa pun semoga kebahagiaan sentiasa kita kecapi walau di mana dan dengan siapa kita berdampingan. Teringat keakraban kita sesi 89/91 tak kira dari unit mana pun A/B/C, tak pernah dilupakan. Apa yang diharapkan moga kita dapat bertemu beramai2. Tentu meriah kan. Kalau dah dapat jumpa sorang dua pun rasa seronok apatah lagi ramai2.

gambar budak yang ramai tu, anak2 kami, yang tengah di antara 2 teruna adalah anak2 Lym & Man (Azriq & Azrul)-kalau xsilap le, lain2 tu kami