12/23/2009

Makan Angin ke Cameron Highlands ......
















Jalan-jalan cari kawan......





Baru-baru ini kwn sekeluarga pegi makan angin ke CH, sejuk woi kat sana, tambah pulak masa tu hujan. Kwn pegi CH melayan keluarga sebelah org rum kawan dari Johor. Pegi main terjah aje tanpa ada tempahan penginapan, tapi Alhamdulillah dapat juga tempat berteduh untuk sehari. Lepas tu kena cari lain, letih woi. Di CH beli la apa2 patut, sbab dah biasa, nanti nak pegi lagi. Dari CH kami turun kut Tapah pegi rum Hilal dan tido kat sana, esoknya kami ke KL, jalan2 naik LRT bawa anak2, mana yg tak pernah naik seronok le, kmd pegi ke Putrajaya pulak, langsung terus ke Melaka dan tido di rum adik ipar kwn di Merlimau. Esoknya bawa anak2 ke Zoo dan Banda Hilir dan ptgnya kami balik ke rum d Jerantut. Letih tak usah kira la.... Ini antara gambar utk tatapan bersama.......Wassalam.

12/18/2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih lagi dipanjangkan usia untuk sekali lagi menyambut tahun baru Islam “Maal Hijrah 1431”. Sebagai orang Islam, maka sewajarnya tahun hijrah ini menjadi sumber kepada kita terutama sekali dalam menghitung berapa usia kita kini sebenarnya. Bagi kawan barangkali sudah mencecah 50 tahun. Sudah tua rupanya. Pada setiap kali tibanya tahun baru, ia memberikan gambaran kepada kita bahawa kita sebenarnya semakin hampir ke penghujung usia. Bukan sekadar tahun, malah setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan yang berlalu, “garisan penamat” kian menghampiri kita.
Semoga kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini dengan sebaik mungkin dan diberkati-Nya serta dihitung sebagai amal ibadah di akhirat nanti.
Peristiwa Nabi Muhammad SAW berhijrah kira-kira 1431 tahun lalu, menjadi asas untuk kita merenung betapa roh hijrah baginda bukan sekadar perjalanan semata-mata namun lebih ke arah pembinaan tamadun Islam seluruhnya.
Akhirnya, sambutan Maal Hijrah yang bertemakan "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" dapat kita realisasikan dalam diri, keluarga, komuniti masing-masing. Apalah ertinya sambutan ini seandainya kita masih lagi dengan ruitn yang sama tanpa ada sebarang perubahan ke arah kebaikan. Ketahuilah “Garisan Penamat” ada di hadapan kita bukan di belakang. Salah dan silap mohon kemaafan. Jumpa lagi dalam versi 2010.

Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Nordin Besut.
18 Disember 2009 / 1 Muharram 1431H

12/13/2009

Perjalanan ke Pantai Timur

Assalamualaikum,

Pada 6 Dis 09 lalu kami sekeluarga bercuti ke Pahang, Terengganu dan Kelantan sambil mengimbau kenangan lama. Sempat juga menziarahi rumah beberapa rakan yang sempat dihubungi. Beberapa foto yang disertakan disini rasanya mampu bercerita kisah sepanjang percutian kami.



Sempat melawat MPPP, tempat bertemu..
Di rumah Nordin Husin di Besut
Di rumah Nordin, Manir

Rumah Salina Salleh, Pasir Putih

12/12/2009

SEJARAH MPPP, KUALA TERENGGANU

(Dipetik dan diubahsuai dari : http://www.angelfire.com/tn/mppp/muka1.html)
Maktab Perguruan Pasir Panjang iaitu sebuah maktab "yang kecil tetapi comel" telah ditubuhkan pada tahun 1958. Pada asal penubuhannya ia dikenali sebagai Pusat Latihan Guru (DTC) Kuala Terengganu, menumpang di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman. Kursus yang ditawarkan pada masa itu ialah Kursus Perguruan Sekolah Rendah.
Memandangkan kesukaran menumpang, maka Kementerian Pelajaran membina bangunannya sendiri di jalan Pasir panjang, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Pembukaan rasminya dijalankan pada 8.11.1969 oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussin, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Akhibat kelebihan guru dan terdapatnya beberapa masalah lain, beberapa buah Pusat Latihan harian ( DTC ) di Malaysia telah ditutup pada awal tahun 1970 termasuk Pusat Latihan Guru Kuala Terengganu. Pada tahun 1972 ia dibuka semula untuk program khas iaitu "Program Pendidikan Kesihatan", melatih guru-guru terlatih dalam bidang Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan. Namanya diubah menjadi Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan.
Setelah sepuluh tahun Maktab ini mengelolakan Kursus Dalam Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan, maka pada bulan Januari 1983, kursus ini diberhentikan dan dipindahkan ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Maktab ini kembali kepada fungsi yang asal iaitu melatih guru sekolah rendah dan menengah. Nama maktab ini telah diubah menjadi Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Namun, setelah pembukaan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu, (sekarang IPGM Kampus Sultan Mizan) MPPP yang penuh dengan kenangan ini telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu.

12/11/2009

Nak dengar cerita.........

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

12/08/2009

Ujang Datang Ke Besut

Hari ini Selasa 8.12.2009 Ujang dan keluarga datang berkunjung ke rumah kawe di Besut.
Ujang: bertuah sungguh dapat jumpa kawan lama ni. Lepas ni nak ke kelantan, harap dapat jumnpa member yang lain. Post ni di upload kat rumah Nordin, sambil ajar dia jadi blogger.

Oleh kerana tak ada gambar yang terkini maka gambar lama ini terpaksa disiarkan untuk renungan kekawan. Nanti kami post gambar lain, tungguuuu...