8/08/2011

Salam Ramadan 1432H


Salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat MPPP 1989? Semoga kita semua dalam sihat sejahtera hendaknya. Selamat menyambut Ramadan yang mulia ini. Bersama-samalah kita menghimpunkan seberapa banyak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Insya Allah.
Pada waktu sebegini, terkadang terkenangkan lewat Ramadan semasa di bergelar guru pelatih di MPPP. Banyak pahit manis untuk diimbas kembali. Maklumlah zaman bujang, berpuasa di rumah sewaan. Kawe menghuni di Wisma Sri Kelantan bersama-sama senior Arif Rakiman, Yusof Awang Su dan Tg. Jailani Tg Awang. Ditambah pula dengan Rashid Ab. Rahman dan Jahidi Ab. Hamid. Kami sepakat ambil lauk di Kedai Malek manakala nasi ditanak sendiri. Cukup bulan dapat elaun bayar harga lauk dan beli beras. Seronok juga berbuka beramai-ramai ni. Kadangkala kalau ada duit lebih, kami akan berbuka di mana-mana restoran di Tanjung, KTrg.
Kini detik itu kian jauh kita tinggalkan. Kini kita sibuk berbuka dengan anak-anak dan ahli keluarga. Kemeriahan berbuka pasti menjanjikan perbezaan, antara masa bujang dengan alam berumah tangga. Bagi kaum lelaki pasti ada yang menguruskan segala makan minum, kita sekadar sediakan bahan-bahannya sahaja. Tak tak salah rasanya kita menolong isteri di dapur.
Bagaimana dengan persispan raya nanti? Baju raya? Kuih raya? Langsir raya? Dan pelbagai raya lagi........ Buatlah persediaan setakat yang termampu, yang penting pengisian pada hari raya itu mestilah selaras dengan kehendak agama kita.
Pada 27-30 Julai 2011 yang lalu saya dan kawan2 di PPD Besut melawat ke Vietnam. Sekadar melihat keadaan sosio-budaya negara orang. Seronok juga ke sana. Kalau ada rakan2 MPPP yang berhajat nak ke Ho Chi Minh City(HCMC) bolehlah ke sana, berbaloi. Tambang Air Asia RM265.00 (KB-KL-HCMC-KL-KB). Harga pakaian spt seluar, baju & kasut agak berpatutan. Banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti muzium, menyusuri Sg. Mekong dan ke Terowong bawah tanah zaman perang dulu..
Ok la dah banyak pulaa coretan kawe kali ini.. Jumpa lagi, selamat berpuasa dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

M.NORDIN BIN HUSSAIN
8 Ramadan 1432