12/14/2011

Khabar Dari Utara

Salam. Sedang kawe berehat-rehat pada petang 14/12/2011, kawe terima panggilan drp Zul YB (bukan YB Zul). Ini tentu ada perkara penting yang nak dicakapkan. Maklumlah Zul kita ni Penolong Pengarah di Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Lantaran jawatannya itu, beliau sering menjelajah ke segenap pelusuk tanah air untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Dalam penjelajahannya terkadang ditakdirkan berjumpa kawan-kawan lama semasa di MPPP pada tahun 1989 dulu. Oleh itu ramai jugalah penemuan baru di buat oleh beliau. Ada kawan-kawan dr Sabah, Sarawak dan lain-lain.
Namun kali ini Zul YB telah kembali ke kampung Shimah di Kodiang nun di utara semenanjung. Dan panggilannya kali ini untuk memaklumkan bahawa beliau telah bertemu dengan sahabat kita Roni Mustafa dan dapat berhubung dengan Habsah Razak melalui pangilan telefon. Zul YB juga berkesempatan ke rumah Sdri Salmah ex-Exco Asrama untuk makan tengah hari di rumah Salmah. Maka bertambahlah jumlah kawan-kawan kita yang dapat dikesan.
Sesungguhnya usaha yang di buat oleh Zul YB amat kita hargai. Menyambungkan semula silaturrahim antara kita setelah sekian lama terputus dek kesibukan masing baik dalam mengurus kehidupan peribadi mahupun dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Sdr Roni boleh dihubungi melalui talian 013-5979808, Salmah 019-5638474 manakala sdri Habsah Razak di talian 019-5229666.
Sekian untuk kali ini. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.

M NORDIN BIN HUSSAIN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BESUT.

8/08/2011

Salam Ramadan 1432H


Salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat MPPP 1989? Semoga kita semua dalam sihat sejahtera hendaknya. Selamat menyambut Ramadan yang mulia ini. Bersama-samalah kita menghimpunkan seberapa banyak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Insya Allah.
Pada waktu sebegini, terkadang terkenangkan lewat Ramadan semasa di bergelar guru pelatih di MPPP. Banyak pahit manis untuk diimbas kembali. Maklumlah zaman bujang, berpuasa di rumah sewaan. Kawe menghuni di Wisma Sri Kelantan bersama-sama senior Arif Rakiman, Yusof Awang Su dan Tg. Jailani Tg Awang. Ditambah pula dengan Rashid Ab. Rahman dan Jahidi Ab. Hamid. Kami sepakat ambil lauk di Kedai Malek manakala nasi ditanak sendiri. Cukup bulan dapat elaun bayar harga lauk dan beli beras. Seronok juga berbuka beramai-ramai ni. Kadangkala kalau ada duit lebih, kami akan berbuka di mana-mana restoran di Tanjung, KTrg.
Kini detik itu kian jauh kita tinggalkan. Kini kita sibuk berbuka dengan anak-anak dan ahli keluarga. Kemeriahan berbuka pasti menjanjikan perbezaan, antara masa bujang dengan alam berumah tangga. Bagi kaum lelaki pasti ada yang menguruskan segala makan minum, kita sekadar sediakan bahan-bahannya sahaja. Tak tak salah rasanya kita menolong isteri di dapur.
Bagaimana dengan persispan raya nanti? Baju raya? Kuih raya? Langsir raya? Dan pelbagai raya lagi........ Buatlah persediaan setakat yang termampu, yang penting pengisian pada hari raya itu mestilah selaras dengan kehendak agama kita.
Pada 27-30 Julai 2011 yang lalu saya dan kawan2 di PPD Besut melawat ke Vietnam. Sekadar melihat keadaan sosio-budaya negara orang. Seronok juga ke sana. Kalau ada rakan2 MPPP yang berhajat nak ke Ho Chi Minh City(HCMC) bolehlah ke sana, berbaloi. Tambang Air Asia RM265.00 (KB-KL-HCMC-KL-KB). Harga pakaian spt seluar, baju & kasut agak berpatutan. Banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti muzium, menyusuri Sg. Mekong dan ke Terowong bawah tanah zaman perang dulu..
Ok la dah banyak pulaa coretan kawe kali ini.. Jumpa lagi, selamat berpuasa dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

M.NORDIN BIN HUSSAIN
8 Ramadan 1432

6/08/2011

Makan Malam Bersama Sdr Yusni
















Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tanggal 1 Jun hingga 6 Jun 2011 yang lalu kawe telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen pasukan Bola Jaring MSST ke Kejohanan Bola Jaring MSSM yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Kesempatan semasa di Kuantan telah diambil untuk mengubungi AJK UMNO Bahagian Pekan, Pahang, siapa lagi kalau bukan sahabat kita Saudara Mohd Yusni Ngah. Dalam perbualan dangan Sdr Yusni kawe telah memohon agar beliau menaja makan malam team bola jaring Terengganu. Syukur Alhamdulillah beliau telah bersetuju untuk menyumbang makan malam kepada kira-kira 50 orang kontinjen bola jaring Terengganu di Seafood Restaurant Tanjung Lumpur pada pukul 8.30 malam 4.6.2011. Dapatlah kontinjen Terengganu menjamu selera pada malam tu.... yang terdiri daripada Ketua Kontinjen, Pengerusi Teknik, Pengurus, Jurulatih, Pemain dan tak lupa 2 orang pemandu bas.... Terima kasih kepada Sdr. Yusni.... semoga Sdr Yusni akan maju jaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli politik yang disegani suatu hari nanti. Insya Allah.


Mohd Nordin Hussain.

Jumpa Kawan Lama: Sdr. Izhab

Assalamualaikum. Pada hari Selasa 7 Jun 2011 yang lalu kawe telah bertugas sebagai urusetia lawatan Jambori Pengakap Terengganu. Sambil menunggu peserta lawatan menaiki bas, di depan Istana Maziah, tiba2 kawe telah disapa oleh Sdr. Izhab. Teruja sangat sebab dapat jumpa kawan lama semasa di MPPP dulu. Dah lebih 20 tahun tak jumpa. Sejak akhir tahun 1991 hingga sekarang baru dapat jumpa. Sdr Izhab sedang menghabiskan musim cuti sekolah bersama isteri dan 4 orang anak di Kuala Terengganu. Beliau sekarang mengajar di Pulau Pinang dan kawan-kawan bolehlah berhubung dengannya melalui talian: 019-4658801.
Drp: Mohd Nordin Hussain

5/24/2011

Hari Guru di Sabah

Assalamualaikum,
Pada 14 hingga 17 Mei lalu, kamu sekeluarga jalan-jalan ke Sabah. Ronda-ronda sampai Kundasang, Ranau dan Kinabalu. Alhamdulillah dapat jumpa dan diraikan oleh Juliahati Ladale dan suaminya, Roslan. Terima kasih daun keladi kerana banyak membantu melancarkan percutian kami. Buat rakan-rakan yang dah lama tak jumpa , inilah foto terbaru Juliahati, 6 orang anaknya tak dibawa bersama. Rakan2 Sabah yang lain tak sempat nak jumpa. Sampai jumpa lagi di lain masa. Wassalam.


5/18/2011

Selamat Hari Guru
























Assalamualaikum. Salam 1Malaysia. Apa khabar sahabat2 MPPP 1989/91 dan seluruh warga pendidik yang pernah bernaung di bawah bumbung MPPP? Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah.

Sudah lama benar blog kita ni tanpa "posting" baru daripada sahabat2. Barangkali pada awal tahun masing-masing sibuk dengan tugasan mendidik anak bangsa... teruskan lah.... nanti akhir tahun kita bakal sibuk dengan anak2 murid yang akan mengambil peperiksaan baik UPSR, PMR, SPM mahupun STPM.... Itulah sebenarnya tanggungjawab pendidik yang jarang difahami oleh mereka yang lain kerjaya dengan kita. Kekadang kerja 7 hari seminggu atau 10 jam sehari...tanpa sebarang elaun lebih masa. Malah duit dalam saku sendiri pun sanggup dikeluarkan demi kecemerlangan anak murid. Cikgu, cikgu....., walaupun kita bukanlah jerung yang gagah merenangi arus di lautan, kita sebenarnya anak seluang yang tabah dan sabar menongkah arus di jeram-jeram.... berjuanglah demi anak bangsa yang seagama dengan kita.


Kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh diharapkan...?

Tahun ini merupakan tahun pertama kawe menyambut hari guru sebagai staf di PPD Besut. Kawe diarahkan menyambut hari guru di SMK Putra dan SMKA Wataniah, Besut selaku wakil PPD dan JPNT. Situasi agak berbeza berbanding semasa kawe bertugas di sekolah dulu.... Rasanya di sekolah lebih meriah....

Minggu depan 21-25 Mei kawe akan ke Ipoh kerana ada Kejohanan Olahraga MSSM di sana. Sekembalinya dari Ipoh kawe akan berangkat pula ke Kuantan kerana mengetuai kontinjen Bola Jaring MSST ke kejohanan bola jaring MSSM.

Kepada sahabat2 di luar sana jengok-jengok la blog kita... kalau ada berita sampaikanlah untuk dikongsi bersama. Tapi, setakat ada facebook ni... blog kian layu....Ok, jumpa lagi ....

"Selamat Hari Guru" - "GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Ikhlas drp: M. Nordin bin Hussain

Pegawai Khas Sukan,

Pejabat Pelajaran Daerah Besut.