Mahasitua: Sebuah Coretan
Melalui detik yang sukar pada zaman kanak-kanak. Ibu cuma penoreh getah kepunyaan orang. Ayah sekadar penarik beca. Aku membesar dalam tahun-tahun 70an dan 80an. Waktu itu, hidup kami memang susah. Bak kata pepatah “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Bersekolah di SK. Kampong Raja dalam darjah 1 hingga 6 mulai tahun 1969-1974. Setiap hari berjalan kaki ke sekolah sejauh 1.6km. Pagi kedinginan, tengah hari kepanasan. Menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Nasiruddun Shah mulai 1975-1979. Aku hanya mampu berbasikal ke sekolah sejauh 5km. Tingkatan 6 di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu pada 1980-1981. Aku pernah bekerja sebagai pencari kayu api, buruh binaan, kuli di kilang gajus, tanam padi, tanam tembakau, dan lain-lain. Pada 1 April 1982, aku diterima bekerja sebagai Pelayan Pejabat (sekarang PAR) di SK. Keluang (tempat aku mengajar sekarang). Masa tu pun aku masih berbasikal untuk ke tempat kerja. Aku ditawarkan ke MPPP pada 1989-1991, maka dalam segala kesukaran dan kesusahan jadilah aku seorang “cikgu”.
Dalam usia yang menghampiri 50 tahun, sebenarnya sudah tiada apa lagi yang aku kejar khususnya dalam akademik. Malah selepas konvokesyen di MPPP pada tahun 1992 kira-kira 18 tahun yang lalu sememangnya aku tidak bercadang untuk meningkatkan lagi kelulusan hingga ke tahap ijazah pertama. Apa lagi aku telah mendapat semuanya dalam perkhidmatan sepanjang 18 tahun ini. Namun perkembangan mutakhir ini membuatkan aku kembali merenung jauh ke dalam diri apakah pencapaian ini sudah memadai.
Nun di sudut hati, sesekali terfikir tentang perkembangan dalam Perkhidmatan Pendidikan ini terlalu laju dan kian meninggalkan aku yang masih berada di “zon selesa”. Sedang kawan-kawan sebaya telah menempatkan diri dalam kategori yang lain. Ini ditambah pula dengan penempatan guru-guru baharu yang semuanya berkelulusan dari pelbagai universiti.
Aku masih terus begini, masih di tahap yang sama. Sedangkan aku sebenarnya seorang guru yang aktif baik di sekolah, zon, daerah malah ke peringkat negeripun. Jadi sebagai jawapan kepada segalanya itu, aku mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
Satu lagi sebab utama aku melanjutkan pelajaran adalah untuk membuktikan kepada anak-anak yang sedang membesar bahawa ayahnya pernah menjejak kaki di menara gading dan berjaya mengenggam segulung ijazah biarpun pada usia hampir mencecah 50 tahun. Ini cabaran untuk mereka menyamai kalaupun tidak melebihi pencapaian ayahnya ini. Anak-anakku sahutlah cabaran ayahmu ini!
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya maka pada hari Selasa, tanggal 20 Syaaban 1430H bersamaan 11 Ogos 2009M, aku telah menerima ijazah yang disampaikan oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, Pro Canselor UPM. Penat lelah menelaah pelajaran, menaip assigment, berulang-alik ke UPM, Serdang dan setiap minggu ke Pusat Pembelajaran Kota Bharu telah terbayar dengan segulung ijazah dan terasa amat mahal nilainya.
Wassalam.
Kawan Lama – Nordin
15 Ogos 2009
"Blog Kita Tanggungjawab Kita"