9/01/2009

Tazkirah 2 : Dendam

TAZKIRAH 2: DENDAM

Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud Orang mukmin itu bukanlah orang yang

suka dendam (dalam hatinya)”.

Dendam adalah kemarahan yang dipendamkan dalam hati kerana tidak dapat

dikeluarkan waktu marahnya. Ia terhenti dalam kalbu dan menyala dalam batinnya.

Dendam atau “HIQIH” mernyebabkan timbulnya kebencian yang melampaui batas.

Dalam Islam sifat ini amat buruk, dicela, haram dan amat besar dosanya.

Kesan-kesan dendam:

  1. Mengharap agar hilang nikmat dari orang yang didendaminya.
  2. Enggan menyapa, mendiamkan diri dan enggan menemui orang dimusuhi.
  3. Menganggap hina, rendah dan tidak berharga orang yang didendami.
  4. Menceritakan keburukkan dan kecelaan orang yang didendami.
  5. Meniru kelakuan dan percakapannya dengan tujuan menghina.
  6. Sentiasa menyakiti orang yang didendami dan menyebabkan perkelahian.
  7. Enggan memulihkan hubungan salaturrahim.

Ketahuilah bahawa seringan-ringan dendam adalah tidak menunjukkan muka yang

berseri-seri, enggan menolong dan tidak memenuhi undangan orang yang didendaminya.

Kesemua sifat di atas adalah HARAM hukumnya dan seterusnya boleh mengurangkan

kesempurnaan dalam amalan agama serta boleh melenyapkan pahala.

Kawan Lama – Nordin

1 September 2009

11 Ramadan 1430

“Blog Kita Tanggungjawab Kita”