2/09/2009

APA KHABAR TEMAN-TEMAN ?

Assamualaikum,

Apa khabar teman-teman. Ini Ujang @ Murad Nordin, dari unit C. Izinkan saya melancarkan laman blog ini sebagai satu medan untuk kita bertemu, bersembang secara maya, mendapatkan maklumat terkini, berita dan merancang sebarang aktiviti. Bila tengok junior kita meriah bertemu dalam blog mereka, terbit pula rasa untuk mengendalikan blog untuk grup 89/91. Waktu bersembang dengan Nordin Besut tempoh hari, beria-ia dia menyuruh diwujudkan satu blog. Jadi.. dengan sedikit ilmu yang ada ni maka pada malam 8 Feb 2009 ni , dimulakanlah laman blog untuk ex M3P 1989/91.

Teman-teman dari unit A,B dan C diharap bekerjasama untuk menghantar maklumat terkini seperti tempat ngajar, no hphone, alamat, senarai anak isteri, serba sedikit perjalanan hidup selama kita terpisah ni, serta gambar terkini ( kalau boleh dengan keluarga ). Emailkan maklumat dan gambar tu kepada pasirpanjang89@yahoo.com. InsyaAllah saya akan upload maklumat tersebut ke dalam blog kita.

Buat teman-teman yang nak menulis terus ke dalam blog ni, sila hantar alamat email kepada saya agar dapat saya ‘invite’ sebagai ‘author’ dalam blog ini. Kalau baru nak belajar jadi blogger, banyak-banyak la bertanya ket member di sekolah tu. Kepada yang sudah mahir menguruskan blog, sila maklumkan agar dapat kita berkongsi mengendalikan blog ni. Saya sorang pun tak cukup masa juga. Harap ada yang sudi membantu. Semoga blog kita ni akan mendapat sambutan dan kerjasama dari teman sekelian. Wassalam . Jumpa lagi

Ujang - 013 3562004