12/30/2010


Salam buat semua, lama dah kwn tak mencoret kat sini, lepas reunion hari tu, kwn tak berkesempatan langsung buka blog kita, terus saja pegi ke Ipoh (ikut C.H.) ada gathering keluarga kat sana, skrg ni sibuk pula dgn mesyuarat2, beli kelengkapan persekolahan budak2, anak kwn yg kecik tu masuk darjah satu, tak sabar2 nak sekolah, wbgm pun tahniah buat Murad, Din, Mazlang, kerana berjaya menyatukan kita semula wpn ramai yg tak dpt hadir, mungkin masa lain boleh kot, belajar pun dah habis. Reunion lepas ni bila yek ..... Kwn kalau tiada aral melintang InyaAllah kwn hadir punya ...... Salam buat semua.

12/22/2010

Lagi Gambar-Gambar REUNION 2010

Ini gambar Rafee dan Ghani bersama rakan2 MPPP 1989/91....

Orang kuat reunion 2010... Mazlan Mohd Hassan bersama keluarga.
Mohd Fuad daripada Sarawak terbang ke mari bersama anak dan isteri.

Orang Sarawak, tp menetap di Sabah. Hasanah bersama 2 org anak. Suami tiada dlm gambar kerana bawa seorg lagi anak mereka ke klinik... demam reunion....
Masa jadi pelatih MPPP disyarah, tapi sekarang Pensyarah IPGM. Khairi bersama keluarga.

Nama Murad tapi popular dgn panggilan Ujang bersama keluarga.
Tuan Haji Aminuddin, isteri dan 5 org anak mereka.

Faizal bersama keluarga tersayang

Ini gambar ana lah... Nordin, isteri dan 5 org anak...

Ini gambar Hilal bersama isterinya Habsah dan anak2 mereka.

Asran Suin bersama keluarga.

Saudara Mohd Yusni Ngah bersama isteri dan 2 org anak mereka.

Semoga jumpa lagi...Nordin, 22/12/2010 jam 11.39pm

Reunion bukan fantasi tetapi realiti

Salam. Kawe ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya maka REUNION 2010 dapat dilangsungkan dengan jayanya. Perancangan yang mengambil masa setahun akhirnya dihadiri oleh 14 keluarga MPPP 1989/91. Namun di sebalik kegembiraan, nun jauh di sudut hati alangkah baiknya jika lebih ramai kawan2 yang datang. Tapi tak mengapa, mungkin ada antara kita yang punya komitment lain yag menjadi penghalang kehadiran ke reunion. Ramai yang berkirim salam dan memohon maaf kerana tak dapat hadir dlm majlis yang bererti ini. Insya Allah pada next reunion lebih ramai yang akan datang. Reunion bukan sekadar mengenang kembali kisah lalu, malah satu lapangan untuk kita dan zuriat kita berikutnya menjalin ikatan silaturahim yang lebih kukuh dan mesra.
Kawe selaku pengerusi reunion mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada SEMUA yang hadir. Apatah lagi rakan2 dari Sabah dan Sarawak, bukan sedikit perbelanjaan yang dikeluarkan demi sebuah "ikatan persahabatan". Setinggi2 penghargaan juga untuk Sdr. Mohd Yusni bin Ngah, AJK UMNO Bahagian Pekan, Pahang (Bekas YDP PGP) yang sudi hadir dan menaja segala makan minum sepanjang reunion. Segala kekurangan dan kelemahan semasa reunion, keampunan dan kemaafan jua kawe harapkan.
Sekian, jumpa lagi pada reunion yang akan datang...
Wassalam.
Mohd Nordin Hussain
Besut, Terengganu Darul Iman.

12/21/2010

FOTO-FOTO PERTEMUAN SEMULA 18 DIS. 2010

Alhamdulillah Majlis Pertemuan Semula yang dirancang pada 18 Disember telah berjaya dilaksanakan. Biarpun cuma 14 bekas pelatih yang sempat hadir, namun ianya cukup meriah. Tahniah dan terima kasih buat urusetia pengelola di ketuai Nordin Husin dan Mazlan. Terima kasih daun keladi buat bekas YDP Sdr Yusni Ngah, yang telah bermurah hati menaja program kita.

Sekalung penghargaan buat teman-teman yyang bersusah payah datang bersama keluarga dari Sabah dan Sarawak demi untuk mengeratkan silaturrahim. Untuk teman-teman yang tak sempat hadir, gambar-gambar yang dipaparkan ini menceritakan segalanya.
Untuk foto yang lebih lanjut bolehlah dikongsi dalam facebook teman2 yang lain.




12/07/2010

Senarai Terkini Reunion

Reunion hanya tinggal tiga hari saja lagi ketika tulisan ini dipublishkan.
Berikut senarai nama rakan-rakan yang telah mengesahkan kehadiran ke reunion pada Sabtu 18 Disember 2010:
01. Murad, isteri dan 4 org anak = 6 org
02. Tuan Haji Aminuddin, isteri dan 4 org anak = 6 org
03. Khairi (seorg) = 1 org
04. Fuad @ Augustine, isteri dan 2 org anak = 4 org
05. Nordin, isteri dan 5 org anak. = 7 org
06. Rafee (seorg) = 1 org
07. Abd. Ghani (seorg) = 1 org
08. Mazlan, isteri dan 4 org anak = 6 org
09. Faizal, isteri dan 5 org anak = 7 org
10. Hasanah, suami dan 3 org anak = 5 org
11. Asran Suin, isteri dan 4 org anak = 6 org
12. Hilal bersama 5 orang anak = 7 org
13. Habsah (Hilal punya wife da...)
14. Yusni, isteri dan 2 org anak = 4 org
JUMLAH = 61 org
Nota:
1. Harap dapat buat tempahan hotel di Permai Inn. Batu Buruk Beach Resort dah penuh. No. telefon ada dlm blog MPPP1989/91.
2. Terima kasih kepada Fuad, Rafie, Hasanah, Asran dan Ghani yang sanggup terbang dari Sarawak dan Sabah demi menjayakan reunion MPPP 1989/91 kali pertama ini.
3. Kepada rakan-rakan yang akan datang, tolong buat pengesahan melalui SMS kepada Nordin di talian 019-9977232 atau emel:dinskpkb@yahoo.com atau melalui laman facebook : Mohd Nordin Hussain.

4. Kalau ada kawan2 yg bermasalah utk tempat hotel, try Hotel Kenangan 09-6222688 atau Hotel KT Mutiara 09=6222655. Hotel ni tengah2 bandar KT.
"KEHADIRAN TUAN-PUAN AMAT DIHARAPKAN BAGI MEMERIAHKAN LAGI REUNION EX-MPPP 1989/91"

12/06/2010

PERHATIAN: ATURCARA REUNION

Assalamualaikum ,.. untuk perhatian semua warga M3P 89/91. ' REUNION' yang kita rancang insyaAllah akan tetap dijalankan biarpun beberapa rakan kita ada halangan untuk bersama. Namun begitu kepada yang berkesempatan di harap berusahalah sedaya upaya untuk hadir. Rakan kita dari Sabah dan Sarawak ada yang sudah mengesahkan kehadiran. Untuk makluman rakan-rakan berikut adalah susunan program pertemuan kita nanti. Sila sesuaikan dengan jadual ketibaan anda.
  • SABTU, 18 Disember 2010 - Kehadiran tuan-tuan ke K.Terengganu
  • 06.00 ptg - berkumpul di tempat yg akan ditetapkan
  • 08 .00 mlm - makan malam (sdn. bhd)

  • AHAD , 19 Disember 2010
  • 08.00 pg - Lawatan ke maktab
  • - Bacaan Doa (En. Mazlan)
  • - Sarapan pagi (Sumbangan Sdr. Yusni)
  • - Ucapan : (Pengaca Majlis, Pengerusi & En. Yusni dll)
  • - Kutipan Derma (utk pelajar miskin SMSKT)
  • - Sesi Bergambar
  • 10. 30 pg - Lawatan ke:
  • - Taman Tamadun Islam
  • - Masjid Kristal
  • - Muzium Negeri Terengganu
  • - Lain-lain tempat yang difikirkan sesuai
  • 01.00 tgh - Makan Tengah Hari (Sumbangan Sdr. Yusni)
  • - Bersurai
  • Semoga majlis kita akan bertambah meriah dengan kehadiran lebih ramai teman-teman bersama keluarga masing-masing. JUMPA DI SANA. Insya Allah.

10/20/2010

Salam Reunion

Salam. Blog kita ni kian sepi
Dah tak ramai yang melayari
apa lagi cerita nak dikongsi
barangkali sibuk dengan urusan sendiri
Namun sesekali
jengok-jengoklah di sini
reunion pun kian menghampiri
diharap makin ramai yang sudi
untuk bertemu mengimbau memori
hampir 20 tahun berlalu dari MPPP.
Kawe sendiripun sibuk dengan tugasan di PPD Besut. Sepanjang bulan Oktober ni, hari minggupun kerja..
Harap kawan2 yang akan datang reunion dapat buat sendiri tempahan di hotel yang dicadangakan Batu Buruk Beach Resort di talian:
09-6221410 dan di Sri Indah Resort di talian 09-6221564 atau di mana-mana hotel yang lain yang boleh didapati dalam internet. Ujang dahpun buat tempahan. Tempahan awal amat digalakkan. Semasa kawe mesyuarat di Kuantan baru2 ni, ada jumpa dgn. Saudara Yusni Ngah dan beliau beri jaminan akan sponsor makan malam untuk semua yang hadir reunion itu nanti.
Sekian, wassalam.
NORDIN BESUT.

10/12/2010

Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum wbt. Dah agak lama tak menulis di bolg ini, skrg blog kita dah agak sunyi, sbb dah ramai yg layan fb, kwn selalu juga buka tapi tak menulis aje, tahniah buat Din yg sentiasa memeriahkan blog ini, InsyaAllah, kwn akan juga cuba memeriahkan juga blog kita ini, kadang2 tu kwn tak berapa ada idea nak menulis, selain kesibukan bekerja, diharapkan semua sahabat berada di kalangan sihat disamping keluarga tersayang. Gambar kami ini diambil pada hari kelahiran kwn yang ke 46 pada 15 SEPT yang lalu. Cukup dulu utk kali ini, jika ada apa2 nti kwn menulis lagi. Salam sayang buat semua dari kami sekeluarga. Hj Amin & family.

9/10/2010

SALAM AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010 khasnya kepada kawan-kawan MPPP1989-91. Sori la sebab gambar diambil guna laptop je. Di hari lebaran ini ribuan kemaafan kawe mohonkan seandainya ada kata yang menguris rasa dan tutur yang berbisa. Maaf Zahir dan Batin.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas: M. Nordin Bin Hussain dan Keluarga.

7/27/2010

Makan angin ke Pangkor.



Assalamualaikum wbt. Baru2 ni kwn sekeluarga pergi makan angin ke P. Pangkor, utk tunaikan hajat rakan2 staf sekolah kwn, sbb kwn dah pernah pegi kwn la kepalanya, semua 9 buah keluarga. Macam2 la gelagat, ada takut mabuk la, takut nak snorkling la, yg gerentinya suka 'shopping' ikan kering, maklumla puasa dah dekat. Tiba di Lumut ptg Jumaat jam 6.45 ptg, terus naik feri, check in kat Palma Beach Resort. Esoknya pegi snorkling, lepas tu keliling pulau, terus shopping ikan kering, mlmnya pegi memancing. Dengar juga ada yg nak pegi balik lepas ni, sbb dah tau jalan. Mungkin tak puas lagi kot.....

7/17/2010

Belajar jangan tak belajar, lebih2 ilmu Agama......




Assalamualaikum wbt... Sudah agak lama dah kwn tak menulis kat blog ini, bukan kwn lupa, tak sekali2 kwn akan lupa, kekadang tu kwn tgk2 jugak blog kita, tapi nak masuk tak boleh (komp org), komputer kwn ari tu sakit, masuk wad kejap, skrg ni tahan la sikit. Ini gambar terkini family kwn, masa ni Ju baru selesai Konvo semalamnya di PWTC. Tengok gambar ni rasa nak belajar balik buat Master, tapi...rasa dah tua...entah lah.

7/13/2010

BATU BURUK BEACH RESORT

Inilah gambaran Batuk Buruk Beach Resort (BBBR) yang terletak di pinggiran pantai Batu Buruk. Hanya beberapa kilometer saja dari Pusat Bandar Kuala Terengganu. Kawe rasa kawan2 pun tahu jaraknya dengan ex-MPPP. Ujang yang mencadangkan agar BBBR dijadikan tempat penginapan rasmi reunion kita nanti. Zul YB mencadangkan kita bermalam di tempat yang sama. Rasanya molek benar kedua-dua cadangan ini. Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang lain. Harap dapat kemukakan cadangan.
Walaupun tarikh 18.12.2010 tu masih jauh, perancangan awal perlu bagi menjamin kelicinan program ini. Bekas YDP, En. Yusni Ngah berharap reunion nanti dapat mengumpul seberapa ramai penyertaan. En. Yusni berjanji akan sponsor makan malam reunion tu nanti. Mungkin ini reunion kali pertama dan terakhir kita dapat jumpa dalam kumpulan yang ramai. Maklum saja kita ni dah agak berumur dan tentunya banyak komitmen lain.
Besarlah harapan kawe agar kawan2 yang dah tahu tentang reunion ni dapat panjangkan kepada rakan2 yang lain. Surat kebenaran menggunakan Dewan Besar, SM Sains Kuala Terengganu sudahpun kawe uruskan. Hanya tunggu jawapan saja lagi.
Sekian, Wassalam.
Nordin.

7/09/2010

NO. TELEFON DAN NAMA HOTEL DI K.TRG

Bersama-sama posting ini kawe sertakan Nombor Telefon dan Nama Hotel yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu khususnya untuk kawan yang perlukan penginapan semasa Reunion nanti. Senarai ini sebenarnya boleh didapati dari Internet. Zaman sekarang ni bukannya susah sangat untuk benda-benda macam ni.... cari je dalam internet, macam-macam ada.... jangan cari yang salah sudah le...!

PRIMULA BEACH RESORT
Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu,Terengganu
09-6222100

PERMAI INN
Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6222122 Faks : 09-6222121

HOTEL SRI MALAYSIA
Lot 1640, Jalan Hiliran (Balik Bukit), 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6236454 Faks : 09-6238344

HOTEL KENANGAN
No 65, Jalan Sultan Ismail,20200 Kuala Terengganu.
09-6222688

MOTEL DESA
Jalan Sultan Ismail20200 Kuala Terengganu.
09-6233823

SRI TERENGGANU HOTEL
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.
09-6234622

HOTEL GRAND CONTINENTAL
Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu.
09-6251888 Faks : 09-6251999

HOTEL K.T MUTIARA SDN. BHD
67, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.
09-6222655 Faks : 09-6236895

GRAND PARADISE HOTEL KT
Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu.
09-6228888 Faks : 09-6238899

HOTEL YT MIDTOWN
30, Jalan Tok Lam20100 Kuala TerengganuTerengganu
09-6235288 Faks : 09-6234399

BATU BUROK BEACH RESORT SDN. BHD
No 906-A, Jalan Pantai Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu.
09-622141009-622489209-6227267

5/16/2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua warga yang bergelar pendidik khususnya buat bekas pelatih Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Kepada bekas pelatih sesi 1989/91 bersama-sama kita jayakan reunion pada tahun ini."Guru Pembina Negara Bangsa"
Nordin Besut.
16 Mei 2010

5/12/2010

Masihkah Kalian Ingat?


Lihat gambar …… cuba teka, siapakah agaknya? Barangkali sudah ramai yang dapat mengenali atau dapat meneka dengan tepat. Maklumlah wajahnya tak jauh berbeza jika nak dibandingkan zaman muda2 dulu…. Inilah dia Saudara Hawadi Md Tarotan…. Kawan kita dari Unit A MPPP1989/91. Kawe ambil gambar ni dari laman Facebook Saudara Hawadi.. Dah minta kebenaran dalam Facebook untuk upload gambar ni dalam blog MPPP89 pulak. No. HP. 012-6302593, Saudara Hawadi sekarang tinggal di Batang Kali. Nanti la, kalau ada apa-apa perkembangan kawe akan maklumkan dalam blog ni. Kawan2 boleh la masuk ke Facebook Hawadi…untuk berhubung dengannya.
Sekian,
Nordin Besut.

5/08/2010

Keluarga Dewa

Salam. Bersama-sama ini kawe serta sekeping gambar Dewa bersama keluarganya. Gambar ini dikirim ke HP untuk di uploadkan dalam blog MPPP 1989.
Kepada kawan-kawan lain bila lagi nak send gambar untuk Blog ni... Kalau tak keberatan sila hantar ke emel kawe ataupun ke HP kawe.

Minggu ni kawe sibuk dengan pengurusan Kejohanan Skuasy MSS Terengganu. Daerah Besut yang jadi tuan rumah.
Nota: Maran - harap dapat kirim artikel dan gambar tentang udang di Sarawak.
Jumpa lagi. Wassalam
Nordin Besut.

4/29/2010

Nostalgia Bersama Dewa

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selepas tamat latihan perguruan di MPPP, masing-masing telah di"posting"kan di merata ceruk negara. Ada yang ke Sabah, ke Sarawak dan ke negeri2 di Semenanjung. Kawe sebenarnya dipostingkan
di Terengganu tetapi pada mulanya bukan di daerah Besut. Kawe dipostingkan di SK Payung Baru, Setiu. Kawe tak pergi sebab SK Payung Baru pada masa tu, merupakan sebuah sekolah yang agak pedalaman di Setiu. Sehingga sekarang kawe tak pernah pergi ke sekolah tu. Setelah diluluskan pertukaran, kawe ditempatkan di SK Kg Raja, Besut. Sebuah sekolah di kampung sendiri.
Sejak itulah perhubungan dengan kawan2 mulai terputus termasuklah dengan sahabat kita Dewa. Nostalgia bersama Dewa bukan sedikit. Selain dalam satu Unit C di MPPP kami juga bersama praktikum di SK Wakaf Tapai. Saudara Dewa juga pernah beberapa kali datang ke rumah kawe di Besut. Selain itu banyak kisah suka duka kami kongsikan bersama. Maklumlah waktu tu kita semua masih muda remaja.
Bersama-sama posting ini kawe sertakan gambar kenangan yang ada dalam simpanan bersama Dewa.
Sekian, jumpa lagi.
Mohd Nordin Hussain
"Ingat 18 Disember, Ingat Reunion"

4/24/2010

Khabar Dari Dewa

Tepat jam 9.09 pagi 24 April 2010, kawe terima panggilan daripada nombor HP yang tidak dikenali. Setelah bertanya khabar, rupa-rupanya di hujung talian suara kawan kita yang telah lama dicari iaitu Dewa Mot. Terkejut bercampur gembira dapat berhubung kawan lama. Maklum saja kenangan bersama Dewa di MPPP dulu bukan sedikit. Banyak memori yang kami kongsikan bersama. Dewa beberapa kali datang ke rumah kawe di Besut terutama semasa cuti semester.
Walaupun kami tinggal di rumah sewa yang berasingan, namun kami selalu bersama terutama ke bandar KT. Tambahan pula, kita sama dalam Unit C dan praktikum di SK Wakaf Tapai, Marang bersama Roni yang belum dikesan di mana berada. Semasa di SK Wakaf Tapai kami sama-sama menyewa di sana.
Dari khabar yang dimaklumkan oleh Dewa, dia mendapat tahu tentang blog MPPP89/91 ni apabila dia berjumpa dengan Maran. Selepas itu, dia terus telefon kawe bagi menyambung kembali persahabatan yang telah lama terputus. Kalau tak silap, Dewa sekarang mempunyai 2 orang anak. Dia mengajar di kampungnya di Perpat. Besarlah harapan agar saudara Dewa dapat menyertai reunion kita nanti. Nombor HP Dewa ada dipaparkan dalam "Saluran Komunikasi"
Sekali lagi terima kasih kepada Blog Master kita saudara Ujang (Murad) yang telah mengusahakan pembinaan blog ini. Semoga selepas ini lebih ramai lagi rakan-rakan MPPP 89/91 dapat dihubungi. Jumpa lagi.
Sekian, terima kasih. Wassalam
M. Nordin Hussain
"Ingat 18 Disember, Ingat Reunion"

4/23/2010

Encik Yusni & Keluarga

Bersama-sama ini kawe uploadkan gambar saudara Yusni Ngah bersama isteri dan dua orang anak mereka untuk tatapan kawan-kawan. Gambar-gambar ini dihantar ke HP kawe. Saudara Yusni memaklumkan bahawa beliau baru saja pulang dari negara China. Hebat kawan kita ni...maklumlah orang politik... semoga karier politik beliau terus bersinar. Insya Allah.
Drp: M. Nordin Hussain,
Besut, Terengganu.

Harapan Ex-YDP Tentang Reunion

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Apa khabar kawan-kawan yang kini berada di serata pelusuk negara? Kawe harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat di sisi keluarga masing-masing. Juga diharapkan agar semuanya sentiasa sukses dalam menjalankan apa jua tugas yang diamanahkan, apa lagi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT.
Seawal 8.30 pagi, 23 April 2010 kawe telah menerima panggilan telefon daripada Saudara Mohd Yusni Ngah bekas Yang Dipertua Persatuan Guru Pelatih MPPP 1989/91. Beliau berharap sangat re-union yang dicadangkan akan terlaksana dengan jumlah penyertaan yang seramai mungkin. Saudara Yusni mencadangkan agar kita menghubungi kawan-kawan yang belum mengetahui tentang re-union tersebut. Di samping itu, saudara Yusni mencadangkan agar kawe, Mazlan dan Zaidi menjadi urusetia untuk re-union tersebut. Tentang saudara Zaidi Muda ni, kawe dan Mazlan pun tak tau di mana dia bertugas sekarang. Namun kawe dan Mazlan akan cuba usahakan. Insya Allah, saudara Yusni akan sponsor jamuan makan malam re-union nanti.
Kepada kawan-kawan yang lain harap dapat panjangkan tentang re-union ini kepada semua bekas pelatih MPPP 1989-91. Hubungi kawe melalui e-mel dinskpkb@yahoo.com, HP: 019-9977232 atau melalui Facebook: Mohd Nordin Hussain. Walaupun masa untuk re-union masih jauh, namun persiapan awal perlu dilakukan. Maklum saja kita semua dah agak berumur. Tentu banyak komitmen lain. Perancangan awal amat penting. "Ingat 18 Disember 2010, Ingat Re-Union"
Sekian, jumpa lagi. Wassalam.
Mohd Nordin Hussain
Besut.

4/01/2010

Jumpa Tn. Hj. Othman Ismail

Pada hari Rabu 24 Mac 2010 kawe ada jumpa dengan bekas pensyarah PJ kita dulu iaitu Tuan Haji Othman bin Ismail. Kebetulan beliau datang ke sekolah tempat kawe mengajar untuk menziarahi guru besar yang kurang sihat sekarang. Lalu kawe bawa beliau dan dua orang rakannya ke rumah guru besar.
Beliau telah pencen namun masih sihat dan menetap di Kuala Terengganu. Dulu Tuan Haji Othman bertugas di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut. Kawe selalu jumpa. Tapi selepas beliau pencen jarang jumpa. Kawe tak sempat nak jemput beliau menyertai re-union. Nanti kawe akan call. Kawe sempat bertanya tentang Tn. Hj. Mohd Noor (Tok Guru Pengakap). Tuan Haji Othman berkata Tn. Hj. Mohd Noor sihat dan menetap di Kuala Terengganu juga. Kalau nak jumpa Tn. Hj. Mohd Noor boleh call Tn. Hj. Othman dan beliau akan bawa ke rumah Tn. Hj. Mohd Noor.
Tn. Hj. Othman Ismail boleh dihubungi melalui talian 019-9133382
Sekian.

Nordin: Kawan2 yg ada no HP bekas pensyarah MPPP89 tlg send kpd kawe

3/14/2010

Zaileha & Keluarga


Bersama-sama ini dipubliskan gambar Zaileha dan keluarga. Gambar ini dihantar ke HP kawe. Sori la sebab gambar tak dapat dibesarkan "blur".

Kepada kawan-kawan lain yang ingin publiskan gambar keluarga dalam blog ni, tolong emelkan kepada kawe di alamat: dinskpkb@yahoo.com. Terima kasih.

3/09/2010

Lagi Gambar Maran


Gambar-gambar ini dipetik dari blog saudara Maran. Dia telah beri keizinan agar gambar ini dipublishkan dalam blog MPPP1989/91 untuk tatapan semua rakan.

Gambar semasa
Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan 2010.
Kami bertugas sebagai AJK Keselamatan.

2/28/2010

Gambar Keluarga Maran




Gambar Keluargaku:
Maran Ak Ramping, Bintangor, Sarawak
Isteri : Doris Empini
Anak-anak : (1) Mariana (tiada dalam gambar), (2) Boniface Codhy, (3) Bryan Ikom dan (4) Freedie Ngabung

2/25/2010

Cita-cita Dan Ceritra

Kalau boleh aku tak mau jadi GURU! .... Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga ku. Sebab apa? Arwah bapaku guru, tiga orang lagi bapa saudaraku guru, kakak ku guru dan abang ipar ku juga guru. Semua guru, tak kanlah aku juga nak jadi guru ? Macam tak de keje lain lagi ke haaa ... !!!!
Aku berminat menjadi Pegawai Polis ? Malangnya arwah datuk ku menghalang sebab dia kata keje ni banyak rasuah. Tak pe la ..... Aku cuba-cuba mohon kadet tentera, emak pulak tak beri sebab dia takut anak dia cepat mati kena tembak. Dalam diam-diam aku mohon keje Pegawai Penguatkuasa JPJ. Bapak pulak tak bagi sebab dia kata keje tu banyak makan duit ayam ..... Aaaa Sudahhh ... apa keje aku nak buat ni ?? Aku memang berminat keje berpakaian seragam, tapi bukan Pengawal Keselamatan ya !!
Semasa bapa pulang dari sekolah, dia memberi ku borang untuk diisi. Bila aku menerima borang tu, ku lihat rupanya borang untuk jawatan GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH. Aku pun isi la ... tak mau bapa kecewa. Seminggu lepas tu, aku dipanggil temuduga dan pada hari tu juga aku diarah bertugas di SK Salak, sekolah rendah tempat ku belajar dahulu. Masa pantas berlalu, tanpa ku sedari dah 4 tahun jadi cikgu sekolah. La ... rasa syok pulak sebab bulan-bulan masyukkkkkkk

Tahun 1989, aku cuba-cuba mohon maktab. Dek rezeki tu ada, aku dapat masuk maktab, tu la dia Maktab Perguruan Pasir Panjang, KT. Pada Disember 1991, aku menjadi guru terlatih secara rasmi. Tahun 1992 aku berkahwin, isteri aku cikgu juga. Ok la tu ... Bila dah berada bersama keluarga isteri, aku lihat abang ipar, dua kakak ipar dan biras aku pun cikgu. Apo nak di kato .... masuk dalam keluarga guru. La ni bila dah keje kat pejabat tak panggil cikgu lagi dah, panggil ENCIK pulak, atas sikit TUAN.

Tahun 2003 adik mohon KPLI, 2004 menjadi guru dan berkahwin dengan pilihan hati isterinya cikgu juga. Cikgu lagi .... Loteh den ......

Inilah yang dikatakan takdir. Kita tak boleh nak menolaknya. Minat belum pasti menjadi kenyataan. Itulah yang dikatakan kalau keluarga guru, guru la juga. Jodoh tu lain ...


Sembang-sembang petang:
Dpd Zul YB

Salam Takziah Untuk Lym


Al-fatihah.
Kami warga MPPP1989/91 merakamkan ucapan TAKZIAH kepada Puan Halimatus Saadiah bt Rundu di atas "permergian" bonda tercinta pada 24 Februari 2010. Bersabarlah dalam menghadapi saat yang sukar ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang soleh. Amin.
Ikhlas Dari: Warga MPPP 1989-91.

2/24/2010

Bual Bicara Dengan Zul YB

Kekawan yang diingati dan dikasihi:

Masih mengenali saya? ZUL@YB la, satu title yang tidak asing lagi diberikan kepada saya oleh senior mahupun junior ketika berada di MPPP KT.

Kekawan sekalian,

Setelah tamat pengajian di MPPP KT pada tahun 1991, saya dipostingkan ke Pahang iaitu di SK (LKTP) Lepar Utara 1, Bandar Pusat Jengka. Tatkala menerima surat tawaran girangnya hati kerana berkhidmat di kawasan Felda yang memang terkenal. Malangnya apabila pergi ke tempat itu, mak datuk....!! terperanjat saya kerana lokasi agak jauh dari Bandar Pusat Jengka iaitu kira-kira 75 KM manakala dari Jerantut kira-kira 90 KM. Kalau dari Kuantan mak datuk nenek....!! lagilah jauh. Bekalan elektrik tidak ada manakala bekalan air 2 hari sekali disalurkan. Cabaran sungguh ... Kawan-kawan masih kenal Anthony Raj - PI 88/90? Saya bersama dia bertugas di sini.

Pada bulan Oktober 1992, saya mendirikan rumahtangga dengan Hashimah Ismail. Semua kenal dia kan !!! Sama-sama EXCO di maktab. Saya EXCO BSOK manakala Shimah EXCO Makanan. Kat maktab bercinta bagai nak ghak. Ini bukan cinta monyet, cinta sejati tau .... Cinta betul-betul ba, bukan cobaan la ............ Tapi ada kekawan tu... putus, melepas dan tewas. Kesiaann... Nasib baik tak terjun Laut Cina Selatan berenang ke S. A. .......... teka la sapa gerangan tu ha ........

Setelah berkahwin, Hashimah mohon bertukar dari Kedah ke Pahang dan ditempatkan di SK (LKTP) Lepar Utara 8. Terpaksalah saya berulang alik dari Lepar 8 ke Lepar 1 setiap hari sejauh 55 KM sehala. Hashimah sama-sama bertugas dengan Herman Harun dan Wak Jeman.

Pada tahun 1993, saya bertukar ke Daerah Jerantut dan ditempatkan di SK Pedah manakala Hashimah ditempatkan di SK Bandar Jerantut. Ramai kawan lama saya temui, tak asing lagi saudara Amin dengan isteri dia Junaina @ Nai, Arwah Pok Ya dan isterinya Salina serta Mat Beragas.

Pada Januari 1997 saya berpindah ke Sepang. Pada ketika itu, area saya pesat membangun terutama dengan pembinaan KLIA diikuti Formula 1. Saya dan isteri ditempatkan di sekolah yang sama iaitu SK. Bandar Baru Salak Tinggi. Untuk pengetahuan kekawan, sepanjang perkhidmatan saya mengajar Tahun 6 iaitu kelas peperiksaan UPSR. Oleh kerana dah lama berada di kelas peperiksaan, nak mengajar kelas tahap 1 bengong dah tak gheti .Tambahan pula saya terlibat sebagai pemeriksa kertas jawapan Bahasa Melayu Penulisan UPSR.

Pada Julai 1997, saya mengikuti Pengajian Luar Kampus @ PJJ dengan UKM, Bangi. Pada Julai 2001 saya berjaya menamatkan pengajian PJJ UKM dan menerima ijazah pada tahun 2002. Pada tahun 2002 juga saya menerima cahayamata yang ke tiga suriru..... Syukur Alhamdullillah. Sesungguhnya tahun 2002 memberi banyak rahmat dan kenangan manis yang sukar untuk dilupakan. Pada tahun 2004 saya menerima tawaran DG 41 dan ditempatkan di sekolah yang sama.

Pada tahun 2005 saya gatal-gatalkan tangan untuk mengisi borang jawatan kosong di Kementerian Pelajaran. Pada bulan Oktober 2005 saya dipanggil untuk sesi temuduga. Pada bulan Februari 2006 saya ditawarkan jawatan Penolong Pengarah di Lembaga Peperiksaan, KPM, Putrajaya. Saya bertugas di sektor yang amat penting dan mencabar.

Tatkala bertugas di LP, satu Malaysia saya telah pergi. Sarawak, bermula Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri saya telah sampai. Di Sri Aman saya sempat berjumpa dengan Lym dan Fuad Augustine. Di Sabah, K. Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Telupid, Sandakan, Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang pun dah sampai. Di KK saya sempat berjumpa dengan Ghani Ajim dan Awang Jasri ketika mengadakan Taklimat OBK Zon Sabah. Hj. Khairudin pensyarah Moral saya temui di Airport K. Kinabalu ketika sama-sama hendak pulang ke KL. Hj. Mansor Kerma, pensyarah Bahasa saya temui semasa majlis perkahwinan anak buah Shimah di KT pada tahun 2008. Saya jemput dia dan dia datang bersama isterinya. Kini Hj. Mansor bertugas di IPG Batu Rakit. WP. Labuan pun dah beberapa kali saya pergi.

Negeri-negeri di Semenanjung rata dah saya pergi sama ada dengan memandu sendiri ataupun menaiki kapalterbang. Kalau dahulu saya rasa negeri-negeri di Semenanjung jauh, tapi kini saya rasa Semenanjung ni kecil. Pergi JB balik hari je, begitu juga nak ke utara cuma kalau pi ke Terengganu dan Kelantan kena bermalam. Ketika menjalankan tugas luar, beberapa kawan lama saya telah temui seperti Jahidi & Maziah ( di Langkawi ) dan Ujang di Kolo Pilah. Nordin Besut saya temui ketika saya pergi ke Kelantan Disember 2005. Dia pun dah sampai ke rumah saya di Sepang. Mat Sentul saya temui semasa mengendalikan Taklimat OBK Zon Timur di Impiana Resort, Kuantan. Oleh kerana tugasan saya melibatkan semua SPP JPN di Malaysia, maka pagawai-pegawai di Sektor Penilaian & Peperiksaan JPN Negeri merupakan rakan saya.

Yang paling manis sekali ketika bertugas di sini, saya berpeluang menjalankan tugas rasmi ke luar negara beberapa kali sama ada untuk berkursus mahupun menjalankan tugas rutin. Sorry la tempat saya tak boleh nak nyatakan. Pun begitu, pemergian bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar tugas, amanah dan tanggung jawab. Tahun 2010 saya masih di LP. Tahun 2011 tak tau lagi mungkin ke bahagian lain di Kementerian Pelajaran atau balik semula ke sekolah kut ....sebab nak dapat DG 44. Post di LP terhad. Tengok la nanti ..... kita cerita kemudian.

La ni saya dan keluarga menetap di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Hasil perkahwinan selama 18 tahun, saya dikurniakan tiga cahaya mata ketiga-tiga perempuan. Nak tambah x pasti lagi sebab umurpun lanjut dah.

Untuk pengetahuan kekawan, Ustazah Rafeah @ Mama sekarang tinggal di Taman Dahlia, tak jauh dari taman saya. Dia bertugas di IPG Ilmu Khas, KL. Saya dah pi pun umah dia. Dia macam tu la juga ..........

Setakat di sini dahulu bual bicara dari Zul YB untuk tatapan kekawan sebagai berkongsi pengalaman sepanjang menjadi guru. Hasrat nak jadi YB ( Yang Berhormat ) belum kesampaian lagi. Tak tau la 5 ke 10 tahun akan datang. Salam persahabatan dari saya, semoga kita akan berjumpa nanti di Re-Union pada penghujung tahun ini.

Wassalam & Terima kasih.

Ikhlas dari Zul YB utk kawan2. Bye... bye .......
019 6959592, E mail
zulkiflibaharuddin@yahoo.com

2/20/2010

Khabar Dari Kawan Lama.

Pukul 2.57 petang hari Sabtu, 20 Februari 2010, tiba-tiba bunyi SMS masuk ke HP kawe. Belum pernah terima SMS dari nombor telefon ini. Ni tentu kawan-kawan baru atau ada orang salah nombor ataupun SMS yang menyatakan simcard anda dapat hadiah RM10,000.00 (SMS mengarut la tu).
Namun sangkaan kawe jauh meleset. Rupanya sahabat kita yang telah lama tak jumpa. Malah selepas berangkat meninggalkan MPPP dulu, tiada perkhabaran diterima darinya. SMSnya berbunyi macam ni, ”Hello Din, apa khabar? Ni Maran, rakan MPPP dulu.I serve internet tengok website kau orang....sori ganggu. Lama tak jumpa....! Hang sekeluarga apa khabar? Berapa orang anak? Tq”. (Inilah untungnya ada blog, dapat temukan kawan-kawan lama – TQ Ujang)
Begitulah bunyinya SMS dari sahabat kita Maran a/k Ramping. Jadi sempatlah juga kami nerbalas SMS bertanyakan khabar diri masing-masing. Menurut Maran, dia sekarang mengajar di SMK. Meradong, Bintangor, Sarawak. Telah mempunyai 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan tiga orang lelaki. Maran berjanji akan send gambar familinya ke dalam blog ni. Tentang re-union, dia akan fikirkan dan confirm kemudian. Katanya lagi, memang akhir tahun ni dia sekeluarga nak jalan-jalan. Harap-harap Maran dapat join re-union. Kepada kawan-kawan yang nak hubungi Maran bolehlah call ke no:019-8683760.

Sekian.
Nordin, 20.02.10 jam 11.37 malam.

2/19/2010

Asran dan Keluarga

Anak bongsu sempena majlis hari jadi ke-2 tahun.

Bersama Anak ke-3.

Anak ke-2 & ke-3.

Bersama Anak ke-2, ke-3 & Bongsu.

Bersama Rakan di Kedah

Bersama anak pertama, anak ke-3 dan bongsu.

Bersama isteri tersayang, yang baru konvo tahun 2009 di PWTC.

Salam, di sini saya e-mailkan gambar2 utk diuploadkan dlm blog kita. semoga tali persahabatan kita semua bertambah erat. Gambar2 ini diambil di Kota Belud, Kedah dan Kuala Lumpur.
Asran Haji Suin
Sabah.
Nordin: Asran betul ke dah bongsu anak ke-4 tu..... kot-kot bongsu daun keladi.....