7/02/2009

Catatan ke-2 Nordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cacatan kedua kawe ini sekadar menambahkan lagi kemeriahan blog MPPP1989/91. Sekalung tahniah, kepada blogmaster saudara Murad Nordin (Ujang) yang telah berjaya mewujudkan blog ini. Segalanya bermula dengan perbualan telefon antara kawe dan Ujang di penghujung tahun 2008. Maka dengan kemahiran yang ada pada Ujang, lahirlah laman siber ini sebagai arena untuk kita berhubung. Terima kasih, Ujang!


Teman, 18 musim laman MPPP telah kita tinggalkan. Masing-masing melangkahi titian demi titian kehidupan. Dalam lingkaran waktu yang semakin ligat berputar, lantas kitapun sesekali sekadar mampu berpaling membilang ilusi yang yang terdapar di pinggiran Bukit Besar. Atas nama apapun kita kini, keakraban yang terjalin dulu tidak harus dibiarkan berlalu di desir angin atau ditelan gelombang samudera. Silaturrahim yang dulu, sama-sama kita utuhkan kembali. Biar harumnya ke hujung senjakala. Entah esok, entah lusa, entah bila, kita bakal dijemput-Nya untuk bertamu di alam sana yang kekal abadi.

Sejarah ringkas perkhidmatan: SK. Kampung Raja (1991-1996)
SK. Keluang (1997-2000)
SK. Pendidikan Khas Besut (2001-2004) (Kursus 14M di MPIK)
SK. Keluang (2005-sekarang)

Semasa Kursus di MP. Ilmu Khas, Cheras, KL, praktikum di SK. Pendidikan Khas Seremban, NS. Di situlah jumpa Ujang (sekitar Mei 2001). Sehingga sekarang tak jumpa-jumpa lagi sekadar perbualan dalam telefon dan blog je. Dengan Zul YB & Shimah selalu jumpa... masa dia datang KB dan K.TRG. Kawe dah dua kali pergi rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi. Jahidi & Maziah selalu juga datang ke rumah kawe dan pernah sekali kawe sekeluarga ke rumah mereka di Langkawi. Rashid Ab . Rahman ada di Besut ...dah jadi guru silat. Raflan & keluarga dari Taiping pernah singgah di rumah kawe sekitar tahun 2007.
Sekarang kawe baru habis buat ijazah di UPM dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.... Insya Allah bulan Ogos ni konvokesyen. (Dah nak pencen baru habis belajar....ha..ha..ha..!)

Ini gambar kawe dan my wife.... Zabedah bt Samat. Serta anak-anak kawe yang seramai lima orang itu... sory la gambar tak brapa terang... guna HP je...
1. Siti Aisyah (15 tahun)
2. Muhd Luqman (14 tahun)
3. Muhd Imran (10 tahun)
4. Sarah Nabihah (5 Tahun)
5. Sofea Syahirah (4 tahun)

Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Kawan Lama – Nordin
1 Julai 2009