8/24/2009

Tazkirah.......

TAZKIRAH 1 : MARAH

Suatu ketika Rasulullah saw. bertanyakan kepada para sahabat tentang siapakah yang sebenar yang digelar pendekar. Para sahabat menjawab sudah tentulah seorang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain. Namun Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

“Bukanlah demikian itu, tetapi yang disebut pendekar itu ialah seorang yang

dapat menahan diri ketika marah.”

Marah itu umpama nyalaan api, oleh sebab itu, muka orang yang sedang marah, merah padam bagaikan api yang membara. Sebenarnya kemarahan ini terhasil dari godaan syaitan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT daripada api. Marah ini dapat dihapuskan dengan cara mandi dan berwuduk kerana sifat air itu dapat memadamkan api. Maksud sabda Rasulullah saw.:

Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api dan air itu

dapat memadamkan api. Apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah

mandi.”

Nota: Dalam hadis yang lain diterangkan agar berwuduk sahaja (tidak perlu mandi).

Kemarahan yang terhasil dari sifat sombong, bangga diri dan lain-lain sifat terkeji hendaklah digantikan dengan nilai-nilai murni lagi terpuji. Sentiasa merendah diri, hapuskan dengki, buang sifat sombong, lontarkan sikap bangga diri dan pertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Insya Allah kita akan jadi seorang pendekar yang gagah dalam melawan perasaan marah ini.

Sekian. Wassalam.

Kawan Lama – Nordin

24 Ogos 2009

3 Ramadan 1430