1/01/2010

2010 Tahun Re-union

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Selamat Tahun Baru 2010 buat semua warga ex-MPPP. Semoga kehadiran tahun baru membawa bersama keberkatan dalam kita memacu pendidikan negara berbekalkan azam dan iltizam yang tidak pernah luntur. Bersama kita panjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar kita dipanjangkan usia, sihat, murah rezeki dan kekal di bawah naungan-Nya.

Ribuan kemaafan dari “blogmaster” saudara Ujang kerana kawe telah menambah beberapa saluran di blog kita supaya bertambah meriah dan menjadi titian ke “link-link” yang lain. Segalanya ini dilakukan demi “Blog Kita Tanggungjawab Kita”.

Diharapkan kehadiran 2010 dapat merealisasikan re-union 1989/91. Kawan dah buka saluran khas untuk re-union. Ini sekadar cadangan, tertakluk kepada pindaan berasaskan cadangan, idea dan pandangan. Rakan-rakan yang bercadang untuk menyertainya bolehlah dimaklumkan @ diemelkan kepada Cikgu Murad/Ujang (
pasirpanjang89@yahoo.com), Tuan Haji Aminuddin (aminnaik338@yahoo.com) dan kawe (dinskpkb@yahoo.com). Kami juga boleh dihubungi melalui HPhone sebagaimana yang tertera di Saluran Komunikasi. Nama rakan yang memberikan persetujuan awal ini akan dipaparkan di Saluran Re-union. Sebarkanlah berita re-union ini kepada rakan-rakan lain supaya kita dapat mengumpul semaksima mungkin penyertaan.

Rasional re-union adalah untuk kita kembali bersua setelah lebih 18 tahun meninggalkan laman MPPP dulu, selain bertukar-tukar cerita & pengalaman masing-masing. Bagi yang bertemu jodoh di MPPP, re-union bakal mengembalikan semula nostalgia. Kepada anak-anak, di sinilah tempat ibu bapa mereka menimba ilmu sebagai pendidik. Di samping itu, mereka boleh saling berkenalan agar silaturahim bisa terus terjalin ke generasi berikutnya.


M Nordin bin Hussain
1 Januari 2010 / 15 Muharam 1431
“Blog Kita Tanggungjawab Kita”