5/25/2012

JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH


Pada 13 Mei 2012 yang lalu, kawe telah pergi ke Kedah dengan tujuan menghantar anak di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN), Kedah. Semasa dalam perjalanan dari Alor Setar ke KMKN, kawe teringatkan seorang sahabat kita yang berada di sana. Kawe "call" Roni untuk bertanya khabar dan tempat beliau bertugas sekarang. Kawe pergi ke tempat beliau bertugas dan beliau sekarang GPK 1, SK Jabi, Alor Setar. Sempat juga la Sdra Roni belanja makan laksa Kedah di kantin sekolahnya. Kepada kawan-kawan yang ke Alor Setar tu bolehlah  hubungi Sdra. Roni. Masih handsome macam dulu. Kalau tak percaya tenggok gambar niiii