Blog Bekas Pelatih MPPP Sesi 1989/91. Tempat bermulanya pertemuan.........! EMEL cerita anda kepada: pasirpanjang89@yahoo.com ATAU nordinppdbesut@yahoo.com
12/23/2009
Makan Angin ke Cameron Highlands ......
12/18/2009
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih lagi dipanjangkan usia untuk sekali lagi menyambut tahun baru Islam “Maal Hijrah 1431”. Sebagai orang Islam, maka sewajarnya tahun hijrah ini menjadi sumber kepada kita terutama sekali dalam menghitung berapa usia kita kini sebenarnya. Bagi kawan barangkali sudah mencecah 50 tahun. Sudah tua rupanya. Pada setiap kali tibanya tahun baru, ia memberikan gambaran kepada kita bahawa kita sebenarnya semakin hampir ke penghujung usia. Bukan sekadar tahun, malah setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan yang berlalu, “garisan penamat” kian menghampiri kita.
Semoga kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini dengan sebaik mungkin dan diberkati-Nya serta dihitung sebagai amal ibadah di akhirat nanti.
Peristiwa Nabi Muhammad SAW berhijrah kira-kira 1431 tahun lalu, menjadi asas untuk kita merenung betapa roh hijrah baginda bukan sekadar perjalanan semata-mata namun lebih ke arah pembinaan tamadun Islam seluruhnya.
Akhirnya, sambutan Maal Hijrah yang bertemakan "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" dapat kita realisasikan dalam diri, keluarga, komuniti masing-masing. Apalah ertinya sambutan ini seandainya kita masih lagi dengan ruitn yang sama tanpa ada sebarang perubahan ke arah kebaikan. Ketahuilah “Garisan Penamat” ada di hadapan kita bukan di belakang. Salah dan silap mohon kemaafan. Jumpa lagi dalam versi 2010.
Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Nordin Besut.
18 Disember 2009 / 1 Muharram 1431H
12/13/2009
Perjalanan ke Pantai Timur
Rumah Salina Salleh, Pasir Putih
12/12/2009
SEJARAH MPPP, KUALA TERENGGANU
Maktab Perguruan Pasir Panjang iaitu sebuah maktab "yang kecil tetapi comel" telah ditubuhkan pada tahun 1958. Pada asal penubuhannya ia dikenali sebagai Pusat Latihan Guru (DTC) Kuala Terengganu, menumpang di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman. Kursus yang ditawarkan pada masa itu ialah Kursus Perguruan Sekolah Rendah.
Memandangkan kesukaran menumpang, maka Kementerian Pelajaran membina bangunannya sendiri di jalan Pasir panjang, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Pembukaan rasminya dijalankan pada 8.11.1969 oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussin, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Akhibat kelebihan guru dan terdapatnya beberapa masalah lain, beberapa buah Pusat Latihan harian ( DTC ) di Malaysia telah ditutup pada awal tahun 1970 termasuk Pusat Latihan Guru Kuala Terengganu. Pada tahun 1972 ia dibuka semula untuk program khas iaitu "Program Pendidikan Kesihatan", melatih guru-guru terlatih dalam bidang Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan. Namanya diubah menjadi Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan.
Setelah sepuluh tahun Maktab ini mengelolakan Kursus Dalam Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan, maka pada bulan Januari 1983, kursus ini diberhentikan dan dipindahkan ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Maktab ini kembali kepada fungsi yang asal iaitu melatih guru sekolah rendah dan menengah. Nama maktab ini telah diubah menjadi Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Namun, setelah pembukaan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu, (sekarang IPGM Kampus Sultan Mizan) MPPP yang penuh dengan kenangan ini telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu.
12/11/2009
Nak dengar cerita.........
Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......
Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"
12/08/2009
Ujang Datang Ke Besut
Oleh kerana tak ada gambar yang terkini maka gambar lama ini terpaksa disiarkan untuk renungan kekawan. Nanti kami post gambar lain, tungguuuu...
11/20/2009
Cikgu, jurulatih, pegawai ........
11/09/2009
Suka komputer? Sila baca....
Istilah Komputer Orang Malaysia
Category: Komputer dan Teknologi
Istilah:
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client= pelanggan
Contoh:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Translated:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia
itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."
10/28/2009
Abe Mie WRC2 and family......
10/05/2009
Sebelum hantar e-mail tengok2 dulu.....
Isteri Tersayang
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2009
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
9/16/2009
Pantun sikit ......
Pantun Raya
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat Siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
9/11/2009
Tok Imam vs 3 malaun ......
3 Remaja Bermasalah
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana-pana....
9/10/2009
Malam ni malam Jumaat kan.........?
Malam Jumaat
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang anak2 dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......
Al kisah tersebut la kisah......
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?
9/07/2009
9/06/2009
Amalan Pada Malam Lailatul QadarAmalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam: 3. Membaca al-Quran. 5. Zikrullah: 6. Bertasbih: 7. Selawat: Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain." |
9/01/2009
Tazkirah 2 : Dendam
TAZKIRAH 2: DENDAM Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud “Orang mukmin itu bukanlah orang yang suka dendam (dalam hatinya)”. Dendam adalah kemarahan yang dipendamkan dalam hati kerana tidak dapat dikeluarkan waktu marahnya. Ia terhenti dalam kalbu dan menyala dalam batinnya. Dendam atau “HIQIH” mernyebabkan timbulnya kebencian yang melampaui batas. Dalam Islam sifat ini amat buruk, dicela, haram dan amat besar dosanya. Kesan-kesan dendam:
Ketahuilah bahawa seringan-ringan dendam adalah tidak menunjukkan muka yang berseri-seri, enggan menolong dan tidak memenuhi undangan orang yang didendaminya. Kesemua sifat di atas adalah HARAM hukumnya dan seterusnya boleh mengurangkan kesempurnaan dalam amalan agama serta boleh melenyapkan pahala. Kawan Lama – Nordin 1 September 2009 11 Ramadan 1430 “Blog Kita Tanggungjawab Kita” |
Ha....Ha....Ha....!!!
Have fun when you read backward..........
Before the marriage :
He : Yes. At last. It was so hard to wait.
She : Do you want me to leave?
He : No! Don't even think about it.
She : Do you love me?
He : Of course!
She : Have you ever cheated on me?
He : No! Why you even asking?
She : Will you kiss me?
He : Yes!
She : Will you hit me?
He : No way! I'm not such kind of person!
She : Can I trust you?
Now after the marriage you can read it from the bottom to the top.
8/28/2009
Assalamualaikum wbt. Selamat berpuasa dan bertarawikh. Khas buat Rin, ini ada abang Amin uploadkan gambar lama utk tatapan Rin dan rakan2 semua. Ingat kat mana? SitiEsah, Cik An, Kak Yah, Hilal, Rin, Habsah, Raflan, M. Noor, Min, Edah, Shah dan Rushdiah. Main hoki lagi. Rasa2nya dpt tak kita bersama macam ni lagi. Entahlah ye... Anak dah berjela2. InsyaAllah jika telah ditentukan oleh Nya kita akan bertemu kembali, bila blm tahu lagi. Tentu bergelak gempita jadinya kalau bertemu semula. Buat setakat ni Abg Amin selalu tu tak la.... pegi juga rumah Hilal di Tapah, Perak. besar rum dia, mcm istana bagi org kerdil mcm abg Amin ni. Itu belum rum member2 lain lagi tu. Raya tahun ni Abg Amin akan balik ke Kota Tinggi, Johor untuk beraya di rum mentua. Biasanya tiap2 tahun mcm tu la, di sini ibu dan ayah Abg Amin dah tiada, datuk nenek lagi la pulak, di Johor anak2 Abg Amin masih ada moyang lagi. Tapi, yang rasa teruja bila beraya, org tanya balik kg tak, Abg Amin tinggal kg sendiri faham2 la, nasib baik ada kg isteri seronok juga jawab.....Balik. Ok. Sekian dulu. Wasslam.
8/25/2009
Beauty of Math.
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn't it?
And look at thi s symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321
Now, take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER
100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help answer these
questions:
If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that wi ll put you over the top!
It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did.
8/24/2009
Tazkirah.......
TAZKIRAH 1 : MARAH
Suatu ketika Rasulullah saw. bertanyakan kepada para sahabat tentang siapakah yang sebenar yang digelar pendekar. Para sahabat menjawab sudah tentulah seorang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain. Namun Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah demikian itu, tetapi yang disebut pendekar itu ialah seorang yang
dapat menahan diri ketika marah.”
Marah itu umpama nyalaan api, oleh sebab itu, muka orang yang sedang marah, merah padam bagaikan api yang membara. Sebenarnya kemarahan ini terhasil dari godaan syaitan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT daripada api. Marah ini dapat dihapuskan dengan cara mandi dan berwuduk kerana sifat air itu dapat memadamkan api. Maksud sabda Rasulullah saw.:
“Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api dan air itu
dapat memadamkan api. Apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah
mandi.”
Nota: Dalam hadis yang lain diterangkan agar berwuduk sahaja (tidak perlu mandi).
Kemarahan yang terhasil dari sifat sombong, bangga diri dan lain-lain sifat terkeji hendaklah digantikan dengan nilai-nilai murni lagi terpuji. Sentiasa merendah diri, hapuskan dengki, buang sifat sombong, lontarkan sikap bangga diri dan pertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Insya Allah kita akan jadi seorang pendekar yang gagah dalam melawan perasaan marah ini.
Sekian. Wassalam.
Kawan Lama – Nordin
24 Ogos 2009
3 Ramadan 1430
8/15/2009
Maktabku, maktabku....
Assalamualaikum wbt. Salam 1 Malaysia. Malam ni boring sungguh, tak tau nak buat apa, malam minggu. Kalau bujang tu panjang langkah... silap2 dah ke KL jalan2. Jadi kwn tulis2 la kat blog ni, saja2. Ini gambar lama lagi, rakan2 yang kadang2 jumpa malah ada tak jumpa langsung. Biasa jumpa Ghani, dia terlibat MSSM, Awang Jasrie masa pegi Sabah dulu, Yusni jumpa jarang2 di Kuantan sibuk sokmo dia,Naza pernah dgr suara jumpa tak lagi, anak kami sama2 sekolah di SBPI Pekan, yang tak pernah jumpa Mat Isa, Herman dan Zul Rangke... Mana dia org pegi, masuk2 la blog, sembang2 ke, kalu ada no. tel, papar2kan la. Wassalam.
Kawe dah grad.....
Melalui detik yang sukar pada zaman kanak-kanak. Ibu cuma penoreh getah kepunyaan orang. Ayah sekadar penarik beca. Aku membesar dalam tahun-tahun 70an dan 80an. Waktu itu, hidup kami memang susah. Bak kata pepatah “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Bersekolah di SK. Kampong Raja dalam darjah 1 hingga 6 mulai tahun 1969-1974. Setiap hari berjalan kaki ke sekolah sejauh 1.6km. Pagi kedinginan, tengah hari kepanasan. Menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Nasiruddun Shah mulai 1975-1979. Aku hanya mampu berbasikal ke sekolah sejauh 5km. Tingkatan 6 di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu pada 1980-1981. Aku pernah bekerja sebagai pencari kayu api, buruh binaan, kuli di kilang gajus, tanam padi, tanam tembakau, dan lain-lain. Pada 1 April 1982, aku diterima bekerja sebagai Pelayan Pejabat (sekarang PAR) di SK. Keluang (tempat aku mengajar sekarang). Masa tu pun aku masih berbasikal untuk ke tempat kerja. Aku ditawarkan ke MPPP pada 1989-1991, maka dalam segala kesukaran dan kesusahan jadilah aku seorang “cikgu”.
Dalam usia yang menghampiri 50 tahun, sebenarnya sudah tiada apa lagi yang aku kejar khususnya dalam akademik. Malah selepas konvokesyen di MPPP pada tahun 1992 kira-kira 18 tahun yang lalu sememangnya aku tidak bercadang untuk meningkatkan lagi kelulusan hingga ke tahap ijazah pertama. Apa lagi aku telah mendapat semuanya dalam perkhidmatan sepanjang 18 tahun ini. Namun perkembangan mutakhir ini membuatkan aku kembali merenung jauh ke dalam diri apakah pencapaian ini sudah memadai.
Nun di sudut hati, sesekali terfikir tentang perkembangan dalam Perkhidmatan Pendidikan ini terlalu laju dan kian meninggalkan aku yang masih berada di “zon selesa”. Sedang kawan-kawan sebaya telah menempatkan diri dalam kategori yang lain. Ini ditambah pula dengan penempatan guru-guru baharu yang semuanya berkelulusan dari pelbagai universiti.
Aku masih terus begini, masih di tahap yang sama. Sedangkan aku sebenarnya seorang guru yang aktif baik di sekolah, zon, daerah malah ke peringkat negeripun. Jadi sebagai jawapan kepada segalanya itu, aku mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
Satu lagi sebab utama aku melanjutkan pelajaran adalah untuk membuktikan kepada anak-anak yang sedang membesar bahawa ayahnya pernah menjejak kaki di menara gading dan berjaya mengenggam segulung ijazah biarpun pada usia hampir mencecah 50 tahun. Ini cabaran untuk mereka menyamai kalaupun tidak melebihi pencapaian ayahnya ini. Anak-anakku sahutlah cabaran ayahmu ini!
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya maka pada hari Selasa, tanggal 20 Syaaban 1430H bersamaan 11 Ogos 2009M, aku telah menerima ijazah yang disampaikan oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, Pro Canselor UPM. Penat lelah menelaah pelajaran, menaip assigment, berulang-alik ke UPM, Serdang dan setiap minggu ke Pusat Pembelajaran Kota Bharu telah terbayar dengan segulung ijazah dan terasa amat mahal nilainya.
Wassalam.
Kawan Lama – Nordin
15 Ogos 2009
"Blog Kita Tanggungjawab Kita"
8/05/2009
Main hoki la pulok......
8/04/2009
Ingat Tak Lagi ...
Masih ingat tak lagi
Kena raging pada minggu orientasi
Kemerduan lagu M3P yang kita nyanyi
Menaip assigment hingga dinihari
Berkhemah di Bukit Besi
Ke Pulau Redang menjalani xpdc
KLMS membina jati diri
Kem Kaunseling di Kem Bari
Kursus Pertahanan Awam yang menguji
Berkawad di bawah terik mentari
Menulis lesson note hingga pagi
Joging di Bukit Besar pada senja hari
Hock Kee Seng menjadi destinasi
Bukit Puteri menggamit memori
Pasar Payang setia menanti
Rantau Abang melihat penyu di santuari
Minum kopi di warung Saari
Di Batu Buruk mengukir janji
Ada kasih terpateri
Ada cinta terlerai di sini
Ah...masing-masing punya nostalgia sendiri
Tercatat kukuh dalam diari peribadi
…MPPP tetap di hati
II
Teman,
dua setengah tahun kita di laman ini
Segenap langkah dan gerak dipelajari
Menjadikan kita pendekar sejati
Pembina modal insan penerus generasi
Melaksana wawasan 1Malaysia cetusan Pak Menteri.
Kawan Lama – Nordin
03 OGOS 2009
Jumpa lagi dalam episod "Mahasitua"
8/03/2009
Orang Yang Bijaksana....
1. Tentukan waktu untuk bekerja kerana itulah harga kejayaan.
2. Tentukan waktu untuk membaca kerana itulah sumber kebijaksanaan.
3. Tentukan waktu untuk berfikir kerana itulah sumber kekuatan.
4. Tentukan waktu untuk bermain kerana itulah rahsia kemudaan abadi.
5. Tentukan waktu untuk ketawa kerana itulah muzik jiwa.
6. Tentukan waktu untuk beribadat kerana itulah mata air kejernihan jiwa.
8/01/2009
Main jangan tak main.....
Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Cuba tengok gambar ni, unit kawan, Unit B, hoi... masa tu, apa2 permainan semua masuk, kalah menang belakang kira, nampak pengurus yang handsome tu (skrg guru silat) Rosid la sapa lagi, shidee, asran, jabri, naza, m.noor, kwn, raflan, zul, hilal, ...dll (sekadar sebut beberapa nama) Main takraw ke, bola ke, hoki ke....semua main. Pakai baju steady dah, baju gerko takraw.. En.Che Wan Setapa. Gambar ni di ambil semasa bola sepak 7 sebelah antara unit-unit. Mana2 yg kesempatan kunjungi la blog kita, ni tak sunyi aje. Nak dengar juga berita2 dari deme, anak berapa org, bini berapa org ....opps. Betul kata Din Besut, 'blog kita, tanggungjawab kita'. Wassalam.
Selamat Hari Pahlawan....
Asslamualaikum.
Apa khabar teman-teman MPPP1111989/91? Kawe berdoa semuanya sihat sejahtera hendaknya. Lama menanti kunjungan dari teman2 lain, namun perkhabaran yang dinanti tak kunjung tiba. Mungkin belum masanya... atas semangat "BLOG KITA, TANGGUNGJAWAB KITA" maka inzinkan kawe untuk sekali lagi mewarnai laman blog MPPP1989/91 ni.
Setiap orang pastinya mempunyai cita-cita tersendiri semasa kanak-kanak khususnya semasa sekolah rendah. Demikian juga dengan kawe. Kalau cikgu tanya apa cita2 kamu? "Saya nak jadi askar cikgu!" Pun begitu cita2 ni berubah mengikut peningkatan usia. Akhirrnya kawe ditakdirkan jadi cikgu. Lantaran itu, demi merealisasikan cita2 zaman budak2 dulu kawe masuklah askar wataniah pada November 1996. Punyalah penat direkrutkan selama sebulan.Perkhimatan kawe dalam askar wataniah ni bertahan selama 6 tahun iaitu berakhir pada 2002 dengan pangkat "Prebet Sapu" je. Bersama tulisan ini kawe uploadkan gambar semasa latihan askar dulu. Jadi sempena Hari Pahlawan ni, kawe mengucapkan Selamat hari Pahlawan kepada semua perajurit yang gagah mempertahankan tahan air tercinta ini.
Wassalam.
Kawan Lama - Nordin
31 Julai 2009
Tel: 09-6950925(R)
7/28/2009
Kawan orang kebal...
7/22/2009
Unit B 89/91....kedtgan: 30/30
7/21/2009
Renungan bersama......
a) Pendusta - Maka tidaklah engkau berada selain dalam penipuannya, dia adalah seumpama fatamorgana, dekat kepadamu yang jauh dan jauh kepadamu yang dekat.
b) Dungu - Engkau tidak memperoleh manfaat daripadanya. Ia mahu mendatangkan manfaat kepadamu, lalu ia melaratkan akan kamu.
c) Kikir - Ia akan memutuskan kamu daripada sesuatu yang kamu perlukan.
d) Pengecut - Ia akan menyerahkan kamu dan akan lari ketika kamu menghadapi kesulitan.
e) Fasiq - Ia akan menjual kamu dengan sesuap makanan atau kurang daripada itu.
Renung-renungkan lah sahabatku. Adakah ianya diantara kita ? Allahhualam bissawab....
kenangan lalu ...
1. Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka kita rakan-rakan MPPP1989/1991 dapat kembali berhubung melalui blog ini. Namun, masih ramai lagi rakan kita di luar sana yang belum menyertainya. Kepada yang telah menyertai, terima kasih diucapkan. Namun yang belum "upload" gambar keluarga tu, cepat-cepat uploadkan... semoga rindu pengunjung blog ni terubat. Raffie, Asran dan Hasanah bila lagi nak uploadkan gambar keluarga dan bercerita sedikit tentang perkembangan terkini. Kepada pengunjung setia blog ini, Ujang (BLOGMASTER), Amin, Hilal, Habsah Lym, Leha (sekadar menyebut beberapa nama) teruskan mengunjungi blog ni. Kawe ni boleh dikatakan setiap hari buka blog ni, nak tengok kalau-kalau ada khabar terbaharu dari kawan-kawan. Sebarkan dan kabarkanlah kepada rakan yang lain tentang kewujudan blog kita ini.
2. Bersama-sama catatan ini kawe sertakan gambar Unit C untuk tatapan semua. Nak sertakan gambar Unit A dan B, kawe tak ada gambar tu... Kepada kawan-kawan dari Unit A dan B tolong uploadkan ke blog ni. Khas untuk pasukan pengakap MPPP 1989, kawe juga sertakan gambar buat kenangan kita bersama... sesuai dengan cogan kata kita dulu "SEKALI BERPENGAKAP, TERUS TERPERANGKAP...."
3. Buat saudara Ujang, tolong uploadkan gambar ketiga yang kawe kirim. Gambar ni menjadi kenangan kawe semasa praktikum dulu bersama sahabat kita Dewa dan Roni. Melalui blog ini kawe amat berharap Dewa dan Roni dapat dihubungi. Amin, Hilal dan kawe bercadang nak buat "reunion" Jadi kepada kawan-kawan yang baca catatan ini, tolong beri persetujuan, cadangan tempat dan tarikh yang sesuai untuk "reunion" ni...
Sekian, jumpa lagi. Wassalam.
Kawan Lama - Nordin.
20 JULAI 2009 4.16PM
"tiga jejaka perasan" ( time tu la.. )
7/20/2009
Kenangan mengusik jiwa.....
Masihkah kau ingat.....
7/15/2009
Khabar daripada Halimatus
Dengan kesempatan ini, lym sempat kirim gambar lym dengan suami...orang Sarawak juga...Tu je yang dapt dimuatkan untuk kali ini.InsyaAllah, di lain waktu, gambar family . Setakat ini, lym jumpa kak habsah dan bg.Hilal je... Dewa pn dah lama tak jumpa walaupun satu negeri. Fuad Augustine je yang slalu jumpa..tupun pasal petanque....Dulu jiran,tapi kawan kita tu dah pindah rumah baru.. jauh dari tempat lym.
Abg. Zul YB pun dah lama tak contact lym...swaktu dia ke Sri Aman, ada le dia g rumah lym, kita borak panjang dengan fuad ,tapi tak terfikir pulak nak tangkap gambar.... tapi caya le...YB tetap bergaya macam YB dulu....
Lym amat2 mengalu-alukan teman2 dapt berhubung dgn lym...rindu @ lelengau ( bahasa Iban)...seronok kan kalau dapat berkumpul semula...tapi yang sedihnya Maktab kita tinggal kenangan...... kalau yang d Terengganu tu, boleh tak tangkap gambar maktab kita yang terkini..masih mcm dulu ke bangunannya..? Demo2 yang duk sano, buleh tangkap gmbr, kawe nk tengok guano mppp sekarang..?(betul lagi ke bahasa tgganu lym ) Lupak juak dh..hehehehe......
Dah x ada idea lagi nk sembang .OK.. salam rindu untuk semua....wassalam...bye...
7/11/2009
7/02/2009
Catatan ke-2 Nordin
Cacatan kedua kawe ini sekadar menambahkan lagi kemeriahan blog MPPP1989/91. Sekalung tahniah, kepada blogmaster saudara Murad Nordin (Ujang) yang telah berjaya mewujudkan blog ini. Segalanya bermula dengan perbualan telefon antara kawe dan Ujang di penghujung tahun 2008. Maka dengan kemahiran yang ada pada Ujang, lahirlah laman siber ini sebagai arena untuk kita berhubung. Terima kasih, Ujang!
Teman, 18 musim laman MPPP telah kita tinggalkan. Masing-masing melangkahi titian demi titian kehidupan. Dalam lingkaran waktu yang semakin ligat berputar, lantas kitapun sesekali sekadar mampu berpaling membilang ilusi yang yang terdapar di pinggiran Bukit Besar. Atas nama apapun kita kini, keakraban yang terjalin dulu tidak harus dibiarkan berlalu di desir angin atau ditelan gelombang samudera. Silaturrahim yang dulu, sama-sama kita utuhkan kembali. Biar harumnya ke hujung senjakala. Entah esok, entah lusa, entah bila, kita bakal dijemput-Nya untuk bertamu di alam sana yang kekal abadi.
Sejarah ringkas perkhidmatan: SK. Kampung Raja (1991-1996)
SK. Keluang (1997-2000)
SK. Pendidikan Khas Besut (2001-2004) (Kursus 14M di MPIK)
SK. Keluang (2005-sekarang)
Semasa Kursus di MP. Ilmu Khas, Cheras, KL, praktikum di SK. Pendidikan Khas Seremban, NS. Di situlah jumpa Ujang (sekitar Mei 2001). Sehingga sekarang tak jumpa-jumpa lagi sekadar perbualan dalam telefon dan blog je. Dengan Zul YB & Shimah selalu jumpa... masa dia datang KB dan K.TRG. Kawe dah dua kali pergi rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi. Jahidi & Maziah selalu juga datang ke rumah kawe dan pernah sekali kawe sekeluarga ke rumah mereka di Langkawi. Rashid Ab . Rahman ada di Besut ...dah jadi guru silat. Raflan & keluarga dari Taiping pernah singgah di rumah kawe sekitar tahun 2007.
Sekarang kawe baru habis buat ijazah di UPM dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.... Insya Allah bulan Ogos ni konvokesyen. (Dah nak pencen baru habis belajar....ha..ha..ha..!)
Ini gambar kawe dan my wife.... Zabedah bt Samat. Serta anak-anak kawe yang seramai lima orang itu... sory la gambar tak brapa terang... guna HP je...
1. Siti Aisyah (15 tahun)
2. Muhd Luqman (14 tahun)
3. Muhd Imran (10 tahun)
4. Sarah Nabihah (5 Tahun)
5. Sofea Syahirah (4 tahun)
Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Kawan Lama – Nordin
1 Julai 2009
Habsah bertemu Lym
gambar budak yang ramai tu, anak2 kami, yang tengah di antara 2 teruna adalah anak2 Lym & Man (Azriq & Azrul)-kalau xsilap le, lain2 tu kami
6/26/2009
ZALEHA cerita habsah
Untuk ujang, gambar saya dengan leha tu, yang hujung tak berapa nampak tu, anak dia yang darjah 6/12 thn (perempuan - panggilan manja aa), yg saya peluk sorang lagi tu adik saya, dan gambar hilal n suami leha yang peluk anak lelakinya (jep - 9 thn), yang sorang lagi tu, abang saya (cikgu jugak).
TQ jang, moga gambar ini dapat meriahkan lagi blog kita 89/91 yang suram je berbanding dengan deme yang lain.
6/23/2009
Khabar dari Ujang pulak ..
6/15/2009
SALAM DARI RINNAI
6/09/2009
Kunjungan Jali & Prof
6/01/2009
Catatan NORDIN HUSIN
Apa kabar semua? Semoga kalian siahat sejahtera hendaknya bersama famili dan kejaya masing-masing. Tentunya kalian masih ingat seorang pelatih yang bernama Nordin ni... Kawe sekarang menetap di Besut, dah beristeri kira-kira 16 tahun yang lalu dan sekarang dikurniakan lima orang anak, 3 perempuan dan 2 lelaki. Kepada kawan2 yang datang ke Besut jemputlah ke teratak kawe..KECIL TAPAK TANGAN, STADIUM MINI SAYA TADAHKAN.
Ingat nak masukkan gambar famili dalam blog ni, tapi setakat ni tak ada gambar yang sesuai untuk tatapan kawan2. Terima kasih kepada Tuan haji Aminuddin dan Encik Hilal yang telah menyertai blog kita ni. Besarlah harapan kawe agar kawan2 lain di luar sana sama2 menyertainya... Semoga persahabatan kita yang terjalin suatu ketika dulu dapat kembali bertaut biarpun sekadar di alam siber. Ini perkembangan ICT yang kita tak terfikirkan dulu. Malah dulu kalau nak telefonpun terpaksa tunggu giliran di pondok telefon awam, malah ada yang sanggup cari telefon awam yang agak jauh supaya tak berebut dgn orang lain... Tapi kini..... usahkan kita budak2 sekolah tadikapun ada HP sendiri.... Sesekali sudi-sudikanlah jengguk blog kita ni... jadikannya sebagai ruang dan peluang untuk kita berhubung untuk bertukar-tukar cerita..... Kawe maklum tentunya kawan2 tidak punya banyak masa untuk mengadap komputer.... tapi tak kan tiada masa langsung. Bagi kawe kita semua ada masa 24 jam sehari semalam.... jadi sudi-sudikanlah menghidupkan blog ni... saya kagum dengan sambutan blog rakan 90/92 meriah sekali nampaknya...
Bagi kawe, sesungguhnya pengalaman selama 2½ tahun di MPPP sukar untuk dilupakan. Dari situlah yang menjadikan kawe seperti yang ada pada hari ini.. Tahukah teman-teman bahawa maktab yang kita bangga-banggakan sebenarnya dah tiada.....namanya dah berkubur yang ada hanya bangunan dan kenangan kita yang masih teguh. Sekarang MPPP telah bertukar menjadi SM Sains Terengganu. Sebagai ganti sebuah maktab perguruan di bina di Besut - Institut Perguruan Sultan Mizan.
Sesekali kawe ke Kuala Terengganu. Pasir Panjang tetap menjadi destinasi untuk ditujukkan kepada isteri dan anak-anak... Bagi kawe segala yang ada di Kuala Terengganu adalah nostagia yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat..... MPPP, Batu Buruk, Pasar Payang, Bukit Besar, Jambatan Sultan Mahmud, Taman Shah Bandar malah Pasaraya Hock Kee Seng, semuanya mengamit memori. Kawe percaya kawan2 di luar Terengganu pun tentu tak lupa tempat itu..... apa lagi yang bertemu jodoh masing-masing di MPPP. Tentu banyak kenangan tercatat di sudut memori.
Bagai masih terdengar di telinga ketukan mesin taip sehingga ke dinihari.... buat assingment. Maklumlah dulu mana ada komputer, boleh copy dan paste saja.. Memang tabiat kita buat assingment last minit. Dah tu mula lah kalut.... berebut mesin taip, kadang-kadang pinjam.... ada yang nak selamat terpaksa beli mesin taip..... Jadi guru pelatih memang padat dengan aktiviti. Semuanya dibuat agar kita menjadi guru yang cemerlang dan hebat. Tentunya kawan2 ingat dengan kursus KLMS, Ekpedisi Pulau Redang semuanya menduga kekutan mental dan fizikal kita..... Itulah guru dulu dilatih... Masa praktikum pula selain sibuk buat rancangan mengajar, kena lukis mural pulak..... pendak kata semua mural yang ada pada dinding sekolah waktu tu.... guru pelatih lah yang buat.... Guru Besar memang menanti-nanti kehadiran guru pelatih.... tapi syukurlah kita semua dapat buat dengan jayanya.... terkenang masa praktikum di SK Wakaf Tapai bersama Dewa dan Roni..... Di mana anda berdua sekarang?
Ah, terlalu bnayk sebanarnya untu dirakamkan peristiwa masa di MPPP dulu.... kata orang "temapat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain'. Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi.
Wassalam.
M.NORDIN BIN HUSSAIN
019-9136925
SEK. KEB. KELUANG,
22200 BESUT,
TERENGGANU
5/18/2009
HILAL & HABSAH
Buat teman-teman yang dirindui. Apa khabar semua ? Kami sekeluarga sihat sejahtera. Inilah keluarga bahagia kami yang korang tak pernah jumpa pun sebelum ni.
duduk kiri depan : Hanis Syakirah (anak bongsu) dan Fatin Muzfirah (anak no. 4)
3/31/2009
Salam rindu dari Aminudin
Effah Haziqah (anak sulungku), Abe Mie (Aminudin bin Yaakub), Isteriku Ju (Junaina bt Suleiman), Ahmad Effat Haziq (No 2)
Duduk bawah depan Dari kiri:
Ahmad Effat Hamizan (No 4), dan Ahmad Effat Hazmi (No 3)
Emel kawe: aminnaik338@yahoo.com
TQ, salam wat sema..