8/03/2009

Orang Yang Bijaksana....

Pendapat orang-orang yang bijaksana menyatakan bahawa cara-cara untuk hidup adalah :
1. Tentukan waktu untuk bekerja kerana itulah harga kejayaan.
2. Tentukan waktu untuk membaca kerana itulah sumber kebijaksanaan.
3. Tentukan waktu untuk berfikir kerana itulah sumber kekuatan.
4. Tentukan waktu untuk bermain kerana itulah rahsia kemudaan abadi.
5. Tentukan waktu untuk ketawa kerana itulah muzik jiwa.
6. Tentukan waktu untuk beribadat kerana itulah mata air kejernihan jiwa.

8/01/2009

Main jangan tak main.....



Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Cuba tengok gambar ni, unit kawan, Unit B, hoi... masa tu, apa2 permainan semua masuk, kalah menang belakang kira, nampak pengurus yang handsome tu (skrg guru silat) Rosid la sapa lagi, shidee, asran, jabri, naza, m.noor, kwn, raflan, zul, hilal, ...dll (sekadar sebut beberapa nama) Main takraw ke, bola ke, hoki ke....semua main. Pakai baju steady dah, baju gerko takraw.. En.Che Wan Setapa. Gambar ni di ambil semasa bola sepak 7 sebelah antara unit-unit. Mana2 yg kesempatan kunjungi la blog kita, ni tak sunyi aje. Nak dengar juga berita2 dari deme, anak berapa org, bini berapa org ....opps. Betul kata Din Besut, 'blog kita, tanggungjawab kita'. Wassalam.

Selamat Hari Pahlawan....






Selamat Hari Pahlawan
Asslamualaikum.
Apa khabar teman-teman MPPP1111989/91? Kawe berdoa semuanya sihat sejahtera hendaknya. Lama menanti kunjungan dari teman2 lain, namun perkhabaran yang dinanti tak kunjung tiba. Mungkin belum masanya... atas semangat "BLOG KITA, TANGGUNGJAWAB KITA" maka inzinkan kawe untuk sekali lagi mewarnai laman blog MPPP1989/91 ni.

Setiap orang pastinya mempunyai cita-cita tersendiri semasa kanak-kanak khususnya semasa sekolah rendah. Demikian juga dengan kawe. Kalau cikgu tanya apa cita2 kamu? "Saya nak jadi askar cikgu!" Pun begitu cita2 ni berubah mengikut peningkatan usia. Akhirrnya kawe ditakdirkan jadi cikgu. Lantaran itu, demi merealisasikan cita2 zaman budak2 dulu kawe masuklah askar wataniah pada November 1996. Punyalah penat direkrutkan selama sebulan.Perkhimatan kawe dalam askar wataniah ni bertahan selama 6 tahun iaitu berakhir pada 2002 dengan pangkat "Prebet Sapu" je. Bersama tulisan ini kawe uploadkan gambar semasa latihan askar dulu. Jadi sempena Hari Pahlawan ni, kawe mengucapkan Selamat hari Pahlawan kepada semua perajurit yang gagah mempertahankan tahan air tercinta ini.
Wassalam.
Kawan Lama - Nordin
31 Julai 2009
Tel: 09-6950925(R)

7/28/2009

Kawan orang kebal...

Assalamualaikum wbt. Din, ni gambar terbaru kwn. Cuba teka mana se kwn, deme bijok bila pilih 2 dari kiri, sbab apa? Kwn paling berani sebab tak pakai vest, kebal... Gambar ni di ambil masa sesi latihan di Rainforest, Kuala Tahan, Taman Negara, Jerantut, sebelum pegi KL. Kwn malu nok tunjuk muka kwn, sbab kwn ni pemalu org nye, tak gitu.... Lepas ni kite main tembak2 nok.... Tembok mogoo... Wassalam.

7/22/2009

Unit B 89/91....kedtgan: 30/30


Assalamualaikum wbt. Maaf la kwn tak pandai intro2, terus to the point. This is the original Unit B 89/91. Dah pertengahan Kak Rahana tunda semester(bersalin), kmd Rohaimi pula masuk. Masa ni Piee (Jabri KU). Tak pernah kenal pun masa mula masuk MPPP. Kebanyakkan bekas GSTT kecuali yang fresh dari Sabah & Sarawak. Sekarang ni di mana mereka ha..? Rasanya Kak Nina dah ada cucu la. Masa dulu pun anak2 dia dah besar, dah sekolah pun. Yang paling muda dlm unit kami ialah Rinai dan Edah. Rinai sekarang dah beranak 3. Huh... kalau nak cerita kat sini, rasanya 3 hari 3 malam tak cukup ni, cerita dari dulu sampai sekarang. Sekian dulu utk kali ini. Up-load satu2 dulu, nti tak de modal utk yg akan datang. Wassalam.

7/21/2009

Renungan bersama......

Adab dan cara-cara memilih kawan : Jangan engkau berteman dengan lima orang ini.

a) Pendusta - Maka tidaklah engkau berada selain dalam penipuannya, dia adalah seumpama fatamorgana, dekat kepadamu yang jauh dan jauh kepadamu yang dekat.

b) Dungu - Engkau tidak memperoleh manfaat daripadanya. Ia mahu mendatangkan manfaat kepadamu, lalu ia melaratkan akan kamu.

c) Kikir - Ia akan memutuskan kamu daripada sesuatu yang kamu perlukan.

d) Pengecut - Ia akan menyerahkan kamu dan akan lari ketika kamu menghadapi kesulitan.

e) Fasiq - Ia akan menjual kamu dengan sesuap makanan atau kurang daripada itu.

Renung-renungkan lah sahabatku. Adakah ianya diantara kita ? Allahhualam bissawab....

kenangan lalu ...


Assalamualaikum.
1. Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka kita rakan-rakan MPPP1989/1991 dapat kembali berhubung melalui blog ini. Namun, masih ramai lagi rakan kita di luar sana yang belum menyertainya. Kepada yang telah menyertai, terima kasih diucapkan. Namun yang belum "upload" gambar keluarga tu, cepat-cepat uploadkan... semoga rindu pengunjung blog ni terubat. Raffie, Asran dan Hasanah bila lagi nak uploadkan gambar keluarga dan bercerita sedikit tentang perkembangan terkini. Kepada pengunjung setia blog ini, Ujang (BLOGMASTER), Amin, Hilal, Habsah Lym, Leha (sekadar menyebut beberapa nama) teruskan mengunjungi blog ni. Kawe ni boleh dikatakan setiap hari buka blog ni, nak tengok kalau-kalau ada khabar terbaharu dari kawan-kawan. Sebarkan dan kabarkanlah kepada rakan yang lain tentang kewujudan blog kita ini.
2. Bersama-sama catatan ini kawe sertakan gambar Unit C untuk tatapan semua. Nak sertakan gambar Unit A dan B, kawe tak ada gambar tu... Kepada kawan-kawan dari Unit A dan B tolong uploadkan ke blog ni. Khas untuk pasukan pengakap MPPP 1989, kawe juga sertakan gambar buat kenangan kita bersama... sesuai dengan cogan kata kita dulu "SEKALI BERPENGAKAP, TERUS TERPERANGKAP...."
3. Buat saudara Ujang, tolong uploadkan gambar ketiga yang kawe kirim. Gambar ni menjadi kenangan kawe semasa praktikum dulu bersama sahabat kita Dewa dan Roni. Melalui blog ini kawe amat berharap Dewa dan Roni dapat dihubungi. Amin, Hilal dan kawe bercadang nak buat "reunion" Jadi kepada kawan-kawan yang baca catatan ini, tolong beri persetujuan, cadangan tempat dan tarikh yang sesuai untuk "reunion" ni...

Sekian, jumpa lagi. Wassalam.

Kawan Lama - Nordin.
20 JULAI 2009 4.16PM





"tiga jejaka perasan" ( time tu la.. )

7/20/2009

Kenangan mengusik jiwa.....



Assalamualaikum wbt. Sekali lagi kawan mencelah. Sama2 kita amati gambo lama ini, di ambil pada Jan 91. Pada hari tamat latihan unit beruniform. Di mana kita kini. Bergaya semuanya. Muda2 belia belaka. Ada juga yang dah retu, (remaja tua). Din mu tetap smart. Wassalam.

Masihkah kau ingat.....



Assalamualaikum wbt. Sebelum kawe berceloteh kawe nak tunjuk 2 gambar lamo untuk demo, khususnya Din, Ujang, Fuat, dan lagi...dan lagi... Wa... nostalgia sekali. Dua suasano berlainan, se gembira, se tension, ini baru koko. Sampai sekarang masih macam tu. Akademik tak usah cerita la. Sibuk memanjang. Din, smart demo maso mudo deh, gambar2 baru kawe sekeluarga nanti lepas raya baru up-load. Sekarang kawe duk sibuk sikit, banyak projek sekolah, SPM la, PMR la, kem la... Macam-macam ada. Kadang tu sampai nak tertiarap di buatnya. Banyak lagi kawan nak up-load tapi, sabar-sabar la ye. Kekadang kawe tengok gambar lama-lama, best yer kalau dapat bersama dan berjumpa semula, khususnya Unit kawe, Unit B. (Reunion jangan tak reunion). Banyak yang sepi seribu bahasa. Ada Asran, Hilal dan Habsah aje yang selalu masuk blog. Chating2 best juga. Wassalam.


7/15/2009

Khabar daripada Halimatus


Assalamualaikum.....
Dengan kesempatan ini, lym sempat kirim gambar lym dengan suami...orang Sarawak juga...Tu je yang dapt dimuatkan untuk kali ini.InsyaAllah, di lain waktu, gambar family . Setakat ini, lym jumpa kak habsah dan bg.Hilal je... Dewa pn dah lama tak jumpa walaupun satu negeri. Fuad Augustine je yang slalu jumpa..tupun pasal petanque....Dulu jiran,tapi kawan kita tu dah pindah rumah baru.. jauh dari tempat lym.
Abg. Zul YB pun dah lama tak contact lym...swaktu dia ke Sri Aman, ada le dia g rumah lym, kita borak panjang dengan fuad ,tapi tak terfikir pulak nak tangkap gambar.... tapi caya le...YB tetap bergaya macam YB dulu....
Lym amat2 mengalu-alukan teman2 dapt berhubung dgn lym...rindu @ lelengau ( bahasa Iban)...seronok kan kalau dapat berkumpul semula...tapi yang sedihnya Maktab kita tinggal kenangan...... kalau yang d Terengganu tu, boleh tak tangkap gambar maktab kita yang terkini..masih mcm dulu ke bangunannya..? Demo2 yang duk sano, buleh tangkap gmbr, kawe nk tengok guano mppp sekarang..?(betul lagi ke bahasa tgganu lym ) Lupak juak dh..hehehehe......
Dah x ada idea lagi nk sembang .OK.. salam rindu untuk semua....wassalam...bye...

7/11/2009

Salam dari Jerantut..

Salam Persaudaraan Untuk Rakan-rakanku...

7/02/2009

Catatan ke-2 Nordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cacatan kedua kawe ini sekadar menambahkan lagi kemeriahan blog MPPP1989/91. Sekalung tahniah, kepada blogmaster saudara Murad Nordin (Ujang) yang telah berjaya mewujudkan blog ini. Segalanya bermula dengan perbualan telefon antara kawe dan Ujang di penghujung tahun 2008. Maka dengan kemahiran yang ada pada Ujang, lahirlah laman siber ini sebagai arena untuk kita berhubung. Terima kasih, Ujang!


Teman, 18 musim laman MPPP telah kita tinggalkan. Masing-masing melangkahi titian demi titian kehidupan. Dalam lingkaran waktu yang semakin ligat berputar, lantas kitapun sesekali sekadar mampu berpaling membilang ilusi yang yang terdapar di pinggiran Bukit Besar. Atas nama apapun kita kini, keakraban yang terjalin dulu tidak harus dibiarkan berlalu di desir angin atau ditelan gelombang samudera. Silaturrahim yang dulu, sama-sama kita utuhkan kembali. Biar harumnya ke hujung senjakala. Entah esok, entah lusa, entah bila, kita bakal dijemput-Nya untuk bertamu di alam sana yang kekal abadi.

Sejarah ringkas perkhidmatan: SK. Kampung Raja (1991-1996)
SK. Keluang (1997-2000)
SK. Pendidikan Khas Besut (2001-2004) (Kursus 14M di MPIK)
SK. Keluang (2005-sekarang)

Semasa Kursus di MP. Ilmu Khas, Cheras, KL, praktikum di SK. Pendidikan Khas Seremban, NS. Di situlah jumpa Ujang (sekitar Mei 2001). Sehingga sekarang tak jumpa-jumpa lagi sekadar perbualan dalam telefon dan blog je. Dengan Zul YB & Shimah selalu jumpa... masa dia datang KB dan K.TRG. Kawe dah dua kali pergi rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi. Jahidi & Maziah selalu juga datang ke rumah kawe dan pernah sekali kawe sekeluarga ke rumah mereka di Langkawi. Rashid Ab . Rahman ada di Besut ...dah jadi guru silat. Raflan & keluarga dari Taiping pernah singgah di rumah kawe sekitar tahun 2007.
Sekarang kawe baru habis buat ijazah di UPM dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.... Insya Allah bulan Ogos ni konvokesyen. (Dah nak pencen baru habis belajar....ha..ha..ha..!)

Ini gambar kawe dan my wife.... Zabedah bt Samat. Serta anak-anak kawe yang seramai lima orang itu... sory la gambar tak brapa terang... guna HP je...
1. Siti Aisyah (15 tahun)
2. Muhd Luqman (14 tahun)
3. Muhd Imran (10 tahun)
4. Sarah Nabihah (5 Tahun)
5. Sofea Syahirah (4 tahun)

Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Kawan Lama – Nordin
1 Julai 2009

Habsah bertemu Lym



bertemu dengan Lym dalam masa yang amat singkat, itu pun malam kat hotel di Santubung Resort, dekat dengan Kg.Budaya Sarawak. Namun anak2 kami cepat akrab, seronok tengok. Walau apa pun semoga kebahagiaan sentiasa kita kecapi walau di mana dan dengan siapa kita berdampingan. Teringat keakraban kita sesi 89/91 tak kira dari unit mana pun A/B/C, tak pernah dilupakan. Apa yang diharapkan moga kita dapat bertemu beramai2. Tentu meriah kan. Kalau dah dapat jumpa sorang dua pun rasa seronok apatah lagi ramai2.

gambar budak yang ramai tu, anak2 kami, yang tengah di antara 2 teruna adalah anak2 Lym & Man (Azriq & Azrul)-kalau xsilap le, lain2 tu kami

6/26/2009

ZALEHA cerita habsah



Last jumpa leha semasa kursus Induksi di ITM Kuching pada 1992. Dah tu terputus hubungan. Baru dpt jumpa kembali masa kami balik ke kuching 2008. Banyak cerita duka tentang leha yang kami tidak ketahui. Sessungguhnya duka itu ada hikmahnya.Kak Sah n abg. Hilal tumpang gembira dengan kebahagiaan yang leha kecapi kini. Suami leha baik orangnya, peramah dan mesra melayan kami anak beranak semasa bertandang ke rumah mereka. Siap hantar kek lapis buatan sendiri lagi ke airport Kuching semasa kami nak balik sehabis cuti ari tu. TQ leha, man, aa n jep. Jasa dan budi kalian tak akan kami lupakan.

Untuk ujang, gambar saya dengan leha tu, yang hujung tak berapa nampak tu, anak dia yang darjah 6/12 thn (perempuan - panggilan manja aa), yg saya peluk sorang lagi tu adik saya, dan gambar hilal n suami leha yang peluk anak lelakinya (jep - 9 thn), yang sorang lagi tu, abang saya (cikgu jugak).

TQ jang, moga gambar ini dapat meriahkan lagi blog kita 89/91 yang suram je berbanding dengan deme yang lain.

6/23/2009

Khabar dari Ujang pulak ..

Assalamualaikum,
Apa khabar kawan-kawan semua ? Asyik 'upload'kan gambar orang saja. Ni la saya hantar foto terkini, dirakam sewaktu singgah di Cameron Highland pada 8 Jun '09 yang lalu. Sekarang ni saya mengajar di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Isteri, Fatimah, mengajar di SK Kuala Kepis, Kuala Pilah. Sekarang kami tinggal di Taman Wira Jaya, Kuala Pilah.
Anak-anak kami, Khairunnisa ( 14 th ), KhairunNajihah ( 13 th ), Khairun Najjah ( 9 th ) dan Khairun Nabila ( 8 th ).
3 tahun saja saya mengajar di Mukah, Sarawak dulu. Lepas tu balik ke Kuala Pilah.
Sesiapa yang lalu Kuala Pilah ni, jemputlah singgah ke rumah kami. Call la dulu 013 3562004.
Member yang lain, apa tunggu lagi . Hantar la berita. Jumpa lagi.

6/15/2009

SALAM DARI RINNAI

Assalamualaikum,
Inilah gambar keluarga Rin, dari kiri Muhammad Izzat Isyraf ( satu2nya anak lelaki Rin ), Ishak Abd Rahim (suami Rin),Nur Izyani Najihah, Rin, Nur Izyana Nahdirah
Sekarang Rin mengajar di Tawau , Sabah.

6/09/2009

Kunjungan Jali & Prof


01 Jun 2009 room mate aku di PORT 69 - Ghazali Ariffin@Jali@Tengku Gepeng datang ke rumah aku di Tapah setelah 18 tahun tak berjumpa, banyak cerita nostalgic keluar, Lan Profesor pulak baru dapat baby baru, sibuk sikit le dia, anyway tahniah le! Kepada ex-MPPP Kuala Terengganu tak kira la sesi mana-mana pun kalau lalu highway utara-selatan tu singgah le rumah aku di Lot 8718 Jalan Satu, Kg. Tersusun Batu 2 Jalan Bidor, 35000 Tapah, Perak. Contact no. 05-4016094 atau 012-5714769.

6/01/2009

Catatan NORDIN HUSIN

Salam.
Apa kabar semua? Semoga kalian siahat sejahtera hendaknya bersama famili dan kejaya masing-masing. Tentunya kalian masih ingat seorang pelatih yang bernama Nordin ni... Kawe sekarang menetap di Besut, dah beristeri kira-kira 16 tahun yang lalu dan sekarang dikurniakan lima orang anak, 3 perempuan dan 2 lelaki. Kepada kawan2 yang datang ke Besut jemputlah ke teratak kawe..KECIL TAPAK TANGAN, STADIUM MINI SAYA TADAHKAN.
Ingat nak masukkan gambar famili dalam blog ni, tapi setakat ni tak ada gambar yang sesuai untuk tatapan kawan2. Terima kasih kepada Tuan haji Aminuddin dan Encik Hilal yang telah menyertai blog kita ni. Besarlah harapan kawe agar kawan2 lain di luar sana sama2 menyertainya... Semoga persahabatan kita yang terjalin suatu ketika dulu dapat kembali bertaut biarpun sekadar di alam siber. Ini perkembangan ICT yang kita tak terfikirkan dulu. Malah dulu kalau nak telefonpun terpaksa tunggu giliran di pondok telefon awam, malah ada yang sanggup cari telefon awam yang agak jauh supaya tak berebut dgn orang lain... Tapi kini..... usahkan kita budak2 sekolah tadikapun ada HP sendiri.... Sesekali sudi-sudikanlah jengguk blog kita ni... jadikannya sebagai ruang dan peluang untuk kita berhubung untuk bertukar-tukar cerita..... Kawe maklum tentunya kawan2 tidak punya banyak masa untuk mengadap komputer.... tapi tak kan tiada masa langsung. Bagi kawe kita semua ada masa 24 jam sehari semalam.... jadi sudi-sudikanlah menghidupkan blog ni... saya kagum dengan sambutan blog rakan 90/92 meriah sekali nampaknya...
Bagi kawe, sesungguhnya pengalaman selama 2½ tahun di MPPP sukar untuk dilupakan. Dari situlah yang menjadikan kawe seperti yang ada pada hari ini.. Tahukah teman-teman bahawa maktab yang kita bangga-banggakan sebenarnya dah tiada.....namanya dah berkubur yang ada hanya bangunan dan kenangan kita yang masih teguh. Sekarang MPPP telah bertukar menjadi SM Sains Terengganu. Sebagai ganti sebuah maktab perguruan di bina di Besut - Institut Perguruan Sultan Mizan.
Sesekali kawe ke Kuala Terengganu. Pasir Panjang tetap menjadi destinasi untuk ditujukkan kepada isteri dan anak-anak... Bagi kawe segala yang ada di Kuala Terengganu adalah nostagia yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat..... MPPP, Batu Buruk, Pasar Payang, Bukit Besar, Jambatan Sultan Mahmud, Taman Shah Bandar malah Pasaraya Hock Kee Seng, semuanya mengamit memori. Kawe percaya kawan2 di luar Terengganu pun tentu tak lupa tempat itu..... apa lagi yang bertemu jodoh masing-masing di MPPP. Tentu banyak kenangan tercatat di sudut memori.
Bagai masih terdengar di telinga ketukan mesin taip sehingga ke dinihari.... buat assingment. Maklumlah dulu mana ada komputer, boleh copy dan paste saja.. Memang tabiat kita buat assingment last minit. Dah tu mula lah kalut.... berebut mesin taip, kadang-kadang pinjam.... ada yang nak selamat terpaksa beli mesin taip..... Jadi guru pelatih memang padat dengan aktiviti. Semuanya dibuat agar kita menjadi guru yang cemerlang dan hebat. Tentunya kawan2 ingat dengan kursus KLMS, Ekpedisi Pulau Redang semuanya menduga kekutan mental dan fizikal kita..... Itulah guru dulu dilatih... Masa praktikum pula selain sibuk buat rancangan mengajar, kena lukis mural pulak..... pendak kata semua mural yang ada pada dinding sekolah waktu tu.... guru pelatih lah yang buat.... Guru Besar memang menanti-nanti kehadiran guru pelatih.... tapi syukurlah kita semua dapat buat dengan jayanya.... terkenang masa praktikum di SK Wakaf Tapai bersama Dewa dan Roni..... Di mana anda berdua sekarang?
Ah, terlalu bnayk sebanarnya untu dirakamkan peristiwa masa di MPPP dulu.... kata orang "temapat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain'. Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi.
Wassalam.

M.NORDIN BIN HUSSAIN
019-9136925
SEK. KEB. KELUANG,
22200 BESUT,
TERENGGANU

5/18/2009

HILAL & HABSAH

Assalamualaikum,
Buat teman-teman yang dirindui. Apa khabar semua ? Kami sekeluarga sihat sejahtera. Inilah keluarga bahagia kami yang korang tak pernah jumpa pun sebelum ni.

dari kiri belakang : Muizzuddin (anak no.2), Dhiyauddin (anak no. 3) dan Taqiyuddin (anak sulung)
duduk kiri depan : Hanis Syakirah (anak bongsu) dan Fatin Muzfirah (anak no. 4)
Nak tau cerita lanjut call la - 05- 4016094

3/31/2009

Salam rindu dari Aminudin


Duduk kat bangku dari kiri:
Effah Haziqah (anak sulungku), Abe Mie (Aminudin bin Yaakub), Isteriku Ju (Junaina bt Suleiman), Ahmad Effat Haziq (No 2)

Duduk bawah depan Dari kiri:
Ahmad Effat Hamizan (No 4), dan Ahmad Effat Hazmi (No 3)

Emel kawe: aminnaik338@yahoo.com
TQ, salam wat sema..