2/12/2010

Lagi Khabar Dari Zul YB

Saat Paling Bahagia Ketika Hendak Pulang Ke Tanah Air Setelah Hampir Dua Minggu Berada Di Luar Negara. Gambar Ini Diambil Ketika Berada Di Airport Yang Paling Sibuk Di dunia.

Ketika Berada Salah Sebuah Negara Di Eropah.

Membeli Belah Di Sebuah Kilang Coklat Cadbury Yang Terbesar Dan Terkenal Di Dunia.

Sudut Pemandangan Di Sebuah Bandaraya Kosmopolitan.
Sejuk nya ! Pakai Baju 4 Lapis....

Menerima Sijil Tamat Kursus.

Ketika Menghadiri Kursus Sandaran Logistik.

Nordin: Ni baru betul-betul YB : Yang Berkhidmat.

2/11/2010

Lambaian Ex-MPPP






Khamis 11.2.2010 kawe ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di Marang, Terengganu. Jadi, semasa balik dari BTPN tu, kawe sempat la singgah di ex-MPPP dan minta kebenaran untuk merakam gambar di persekitarannya untuk kawe paparkan dalam blog ni. Bukannya ape, sekadar menjadi lambaian yang menggamit rakan-rakan di luar sana untuk ber"re-union" yang dicadangkan penghujung tahun nanti. Tapi sori la, sebab gambar dirakamkan guna HP "cap ayam" berresolusi rendah, jadi tak dapat dibesarkan, blur. Nantilah kawe publishkan gambar lain.
Gambar pertama tu mercu tanda baharu di Kuala Terengganu "Masjid Kristal" yang terletak di Taman Tamadun Islam. Gambar kedua berlatarbelakangkan Dewan Besar ex-MPPP. Gambar ketiga bangunan blok pentadbiran manakala gambar keempat, papan tanda di pintu masuk Sek. Men. Sains Kuala Terengganu.
Nota: Kepada kawan2 yang belum lagi menghantar gambar keluarga untuk blog ni, bolehlah berbuat demikian dengan melampirkannya dalam emel kepada: dinskpkb@yahoo.com atau kepada Tuan Haji Aminuddin dan "Blogmaster" kita Ujang. Insya Allah semua gambar yang dihantar kawe akan paparkan di "Saluran Famili" yang bakal diadakan nanti.
Sekian untuk kali, jumpa lagi.
Wassalam.
Nordin. 11.02.2010 Jam 9.25pm

2/10/2010

Untuk Tatapan Rakan-rakan



Lokasi Di Sekitar Pusat Pelancongan Pulau Langkawi


Gambar Bersama Keluarga Angkat Di Jerantut

Salam dari Zul YB dan Shimah serta keluarga. Tiga keping photo untuk tatapan rakan-rakan.

2/09/2010

TEKA TEKI la pulak..


Assalamualaikum:

Kawan-kawan, masih mengenali hamba ?
Hamba bukannya student dari Universiti Otago, NZ. Hamba adalah lepasan Guru Pelatih MPPP yang tersesat ke lokasi ini ketika menjalankan tugas rasmi pada tahun 2006.

Kalian tekalah siapa hamba sebab hamba memang dikenali di MPPP sesi 1989/1991.
Saja hamba hantarkan gambar yang secomel ini untuk tatapan dan dugaan kalian. Tatkala dah tau sms hamba di talian yang tertera dalam bog. ?????????

JANGAN TAK TEKA !!!!!!!!!!!!!!!!! Ini langkah pertama untuk ana terus .............
SelamataMencuba !

2/07/2010

Jangan tak tau.......

Sejarah Orang Tak Tau

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

2/03/2010

Rasulullah Bertaubat 100 Kali Sehari

TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari Barat maka pintu taubat serta-merta ditutup.
As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. Perkara ini kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal.

Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu hilang begitu saja tanpa bertaubat.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (Hadis riwayat Muslim).
Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat.
Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu. Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu dengan berlinangan air mata, lalu Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Al-Hakim pula berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. (Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal mati) ku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”

Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dia dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Dan Allah menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)
Allah berfirman maksudnya: “Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.
Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.


M. Nordin Hussain
3 Februari 2010

1/18/2010

Gambar Untuk Ingatan Rakan.







Gambar untuk tuan sebagai salam perkenalan, melawat Terengganu 2 hari
selepas stadium runtuh, gambar terkini saya Cameron Highland, dan bersama
isteri di Padang, Indonesia.
Terima kasih.

JABRI HASAN.

1/15/2010

Petikan Akhbar KONVO 1992


Terima kasih kepada Mr. Simon Solomon yang telah menghantar petikan
akhbar ini untuk tatapan bersama ex-MPPP. Izinkan kawan publishkan dalam blog 89/91. Roni dan Wong, di mana kalian berada sekarang? Kepada kawan-kawan yang tahu di mana mereka berada, tolong beri maklumat.
Dipetik dari blog 8890
Utusan Malaysia bertarikh 23 oktober 1992 di halaman 18.
Kiriman: Simon Solomon. TQ.
M Nordin bin Hussain
15 Januari 2010 / 29 Muharam 1431
“Blog Kita Tanggungjawab Kita”

1/04/2010

Jahidi, Isteri dan Anak Balik Ke Besut

Penghujung tahun lepas iaitu pada hari Rabu 23 Disember 2009 kira-kira jam 5.30 petang Jahidi, isteri (Maziah) dan anak perempuannya datang ke rumah kawan. Kebetulan dia anak-beranak balik ke Kuala Besut. Dapat la kami bertukar-tukar cerita terkini masing-masing. Kawe publishkan gambar Jahidi, Maziah dan anak perempuannya.

M Nordin bin Hussain
4 Januari 2010 / 18 Muharam 1431
“Blog Kita Tanggungjawab Kita”

1/01/2010

2010 Tahun Re-union

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Selamat Tahun Baru 2010 buat semua warga ex-MPPP. Semoga kehadiran tahun baru membawa bersama keberkatan dalam kita memacu pendidikan negara berbekalkan azam dan iltizam yang tidak pernah luntur. Bersama kita panjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar kita dipanjangkan usia, sihat, murah rezeki dan kekal di bawah naungan-Nya.

Ribuan kemaafan dari “blogmaster” saudara Ujang kerana kawe telah menambah beberapa saluran di blog kita supaya bertambah meriah dan menjadi titian ke “link-link” yang lain. Segalanya ini dilakukan demi “Blog Kita Tanggungjawab Kita”.

Diharapkan kehadiran 2010 dapat merealisasikan re-union 1989/91. Kawan dah buka saluran khas untuk re-union. Ini sekadar cadangan, tertakluk kepada pindaan berasaskan cadangan, idea dan pandangan. Rakan-rakan yang bercadang untuk menyertainya bolehlah dimaklumkan @ diemelkan kepada Cikgu Murad/Ujang (
pasirpanjang89@yahoo.com), Tuan Haji Aminuddin (aminnaik338@yahoo.com) dan kawe (dinskpkb@yahoo.com). Kami juga boleh dihubungi melalui HPhone sebagaimana yang tertera di Saluran Komunikasi. Nama rakan yang memberikan persetujuan awal ini akan dipaparkan di Saluran Re-union. Sebarkanlah berita re-union ini kepada rakan-rakan lain supaya kita dapat mengumpul semaksima mungkin penyertaan.

Rasional re-union adalah untuk kita kembali bersua setelah lebih 18 tahun meninggalkan laman MPPP dulu, selain bertukar-tukar cerita & pengalaman masing-masing. Bagi yang bertemu jodoh di MPPP, re-union bakal mengembalikan semula nostalgia. Kepada anak-anak, di sinilah tempat ibu bapa mereka menimba ilmu sebagai pendidik. Di samping itu, mereka boleh saling berkenalan agar silaturahim bisa terus terjalin ke generasi berikutnya.


M Nordin bin Hussain
1 Januari 2010 / 15 Muharam 1431
“Blog Kita Tanggungjawab Kita”

12/23/2009

Makan Angin ke Cameron Highlands ......
















Jalan-jalan cari kawan......





Baru-baru ini kwn sekeluarga pegi makan angin ke CH, sejuk woi kat sana, tambah pulak masa tu hujan. Kwn pegi CH melayan keluarga sebelah org rum kawan dari Johor. Pegi main terjah aje tanpa ada tempahan penginapan, tapi Alhamdulillah dapat juga tempat berteduh untuk sehari. Lepas tu kena cari lain, letih woi. Di CH beli la apa2 patut, sbab dah biasa, nanti nak pegi lagi. Dari CH kami turun kut Tapah pegi rum Hilal dan tido kat sana, esoknya kami ke KL, jalan2 naik LRT bawa anak2, mana yg tak pernah naik seronok le, kmd pegi ke Putrajaya pulak, langsung terus ke Melaka dan tido di rum adik ipar kwn di Merlimau. Esoknya bawa anak2 ke Zoo dan Banda Hilir dan ptgnya kami balik ke rum d Jerantut. Letih tak usah kira la.... Ini antara gambar utk tatapan bersama.......Wassalam.

12/18/2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih lagi dipanjangkan usia untuk sekali lagi menyambut tahun baru Islam “Maal Hijrah 1431”. Sebagai orang Islam, maka sewajarnya tahun hijrah ini menjadi sumber kepada kita terutama sekali dalam menghitung berapa usia kita kini sebenarnya. Bagi kawan barangkali sudah mencecah 50 tahun. Sudah tua rupanya. Pada setiap kali tibanya tahun baru, ia memberikan gambaran kepada kita bahawa kita sebenarnya semakin hampir ke penghujung usia. Bukan sekadar tahun, malah setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan yang berlalu, “garisan penamat” kian menghampiri kita.
Semoga kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini dengan sebaik mungkin dan diberkati-Nya serta dihitung sebagai amal ibadah di akhirat nanti.
Peristiwa Nabi Muhammad SAW berhijrah kira-kira 1431 tahun lalu, menjadi asas untuk kita merenung betapa roh hijrah baginda bukan sekadar perjalanan semata-mata namun lebih ke arah pembinaan tamadun Islam seluruhnya.
Akhirnya, sambutan Maal Hijrah yang bertemakan "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" dapat kita realisasikan dalam diri, keluarga, komuniti masing-masing. Apalah ertinya sambutan ini seandainya kita masih lagi dengan ruitn yang sama tanpa ada sebarang perubahan ke arah kebaikan. Ketahuilah “Garisan Penamat” ada di hadapan kita bukan di belakang. Salah dan silap mohon kemaafan. Jumpa lagi dalam versi 2010.

Sekian, wassalam. Jumpa lagi.
Nordin Besut.
18 Disember 2009 / 1 Muharram 1431H

12/13/2009

Perjalanan ke Pantai Timur

Assalamualaikum,

Pada 6 Dis 09 lalu kami sekeluarga bercuti ke Pahang, Terengganu dan Kelantan sambil mengimbau kenangan lama. Sempat juga menziarahi rumah beberapa rakan yang sempat dihubungi. Beberapa foto yang disertakan disini rasanya mampu bercerita kisah sepanjang percutian kami.



Sempat melawat MPPP, tempat bertemu..
Di rumah Nordin Husin di Besut
Di rumah Nordin, Manir

Rumah Salina Salleh, Pasir Putih

12/12/2009

SEJARAH MPPP, KUALA TERENGGANU

(Dipetik dan diubahsuai dari : http://www.angelfire.com/tn/mppp/muka1.html)
Maktab Perguruan Pasir Panjang iaitu sebuah maktab "yang kecil tetapi comel" telah ditubuhkan pada tahun 1958. Pada asal penubuhannya ia dikenali sebagai Pusat Latihan Guru (DTC) Kuala Terengganu, menumpang di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman. Kursus yang ditawarkan pada masa itu ialah Kursus Perguruan Sekolah Rendah.
Memandangkan kesukaran menumpang, maka Kementerian Pelajaran membina bangunannya sendiri di jalan Pasir panjang, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Pembukaan rasminya dijalankan pada 8.11.1969 oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussin, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Akhibat kelebihan guru dan terdapatnya beberapa masalah lain, beberapa buah Pusat Latihan harian ( DTC ) di Malaysia telah ditutup pada awal tahun 1970 termasuk Pusat Latihan Guru Kuala Terengganu. Pada tahun 1972 ia dibuka semula untuk program khas iaitu "Program Pendidikan Kesihatan", melatih guru-guru terlatih dalam bidang Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan. Namanya diubah menjadi Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan.
Setelah sepuluh tahun Maktab ini mengelolakan Kursus Dalam Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan, maka pada bulan Januari 1983, kursus ini diberhentikan dan dipindahkan ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Maktab ini kembali kepada fungsi yang asal iaitu melatih guru sekolah rendah dan menengah. Nama maktab ini telah diubah menjadi Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Namun, setelah pembukaan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu, (sekarang IPGM Kampus Sultan Mizan) MPPP yang penuh dengan kenangan ini telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu.

12/11/2009

Nak dengar cerita.........

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

12/08/2009

Ujang Datang Ke Besut

Hari ini Selasa 8.12.2009 Ujang dan keluarga datang berkunjung ke rumah kawe di Besut.
Ujang: bertuah sungguh dapat jumpa kawan lama ni. Lepas ni nak ke kelantan, harap dapat jumnpa member yang lain. Post ni di upload kat rumah Nordin, sambil ajar dia jadi blogger.

Oleh kerana tak ada gambar yang terkini maka gambar lama ini terpaksa disiarkan untuk renungan kekawan. Nanti kami post gambar lain, tungguuuu...

11/20/2009

Cikgu, jurulatih, pegawai ........




Asslamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar teman2? Semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sudah agak lama kawe tidak menulis untuk blog ini. Sejak akhir2 ni sibuk dengan kerja yang bagaikan tiada penghujungnya. Bermula dengan kursus skuasy, kursus guru disiplin, kursus jurulatih TKRS, jadi fasilitator kenaikkan pangkat TKRS dan hari Khamis 19.11.2009 ni kena jadi jurulatih klinik skuasy selama 3 hari. Dah tua2 ni makin banyak pula tugas yang dipertanggungjawabkan. Sedangkan tenaga kian ketara kurangnya...umurpun dah mencecah 47 tahun. Namun tugas sebagai pendidik perlu dilaksanakan dengan penuh komited.
Teman2, semasa menjalani kursus jurulatih TKRS di Hulu Terengganu baru2 ni banyak aktiviti yang kita jalani semasa di MPPP dulu terpaksa dilalui sekali lagi. Antaranya solo kempen dan kawad. Teringat masa solo kempen ketika menjalani KLMS di MPKT Batu Rakit. Kami hanya dibekalkan sebatang lilin sepanjang satu inci dan tiga batang mancis sahaja. Tapi kawan curi2 juga bawa ubat nyamuk. Dulu tak apa sebab muda lagi, tapi sekarang sakit satu badan selepas solo kempen. Bersama2 ini kawan ada sertakan gambar masa solo kempen dan semasa terima watikah daripada Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu.
Di ruang maya ini juga sekalai lagi kawan ambil kesempatan untuk mernyeru kawan2 di luar sana agar sering2lah melayari blog kita ni.. Ini satu2nya laman yang boleh dicapai untuk kita saling berhubung agar persahabatan dulu masih terus kekal akrab. 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
Sekian untuk kali ini. Jumpa Lagi.
Wassalam.
Kawan Lama: NORDIN (019-9977232)

11/09/2009

Suka komputer? Sila baca....

Istilah Komputer Orang Malaysia

Category: Komputer dan Teknologi

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah:
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client= pelanggan

Contoh:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia
itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

10/28/2009

Abe Mie WRC2 and family......






Assalamualaikum wbt... Inilah gambar terbaru keluarga koi masa hari raya yang lepas, kami beraya kat Johor ni. Pasal raya tak usah cerita la mesti meriah punya, terutama anak2 bila dah jumpa dgn sepupu sepapat tau2 aje le, gempak jadinya koi nak tido pun tok leh. Koi kat sini macam biasa aje masih sibuk, lagi tak habis SPM tak leh duduk diam, hujung minggu mesti ada kem. Ha ni pulak gambar family sebelah maam koi, ramai oi, ni baru satu keluarga. Baru-baru ini Zul YB dan family ada datang ke rumah koi, kebetulan ada majlis bertunang anak kpd pengasuh dia dulu. Jadi dtg le dia rumah koi. Rumah koi dekat dgn rum Mat Rahman (Mat Buragas) dia pun join sekali berbual panjang kami. Mat dulu tinggal dgn Zul YB serumah masa maktab dulu, banyak le keluar ceita2 lama. Zul YB dgn Kak Shimah beranak 3 semua perempuan. Lama juga Zul YB singgah kat rum koi. Ptg baru balik ke Salak Tinggi, Sepang.

10/05/2009

Sebelum hantar e-mail tengok2 dulu.....

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.